Ahad, 7 Mac 2010

SAMBUTAN MENGGALAKKAN KONVENSYEN ULAMA PERAK


Ketika ini konvensyen ulama muda sedang berhenti rehat. Konvensyen yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia bermula dengan ucapan Perasmian oleh Al Fadhil Ustaz Suaid Din Ketua Dewan Ulama PAS Perak.

Ustaz Suaid dalam ucapan perasmian menegaskan tentang keperluan penglibatan ulama dalam perjuangan Islam. Beliau juge mendedahkan strategi musuh dalam mengerhanakan peranaan ulama dengan menyediakan suasana "Zon Selesa". Musuh menggunakan strategi yang sama di mana mana negara umat Islam dengan melemahkan peranan ulama.

Pembentang kertas kerja pertama di isi oleh alfadhil ustaz Lutfi Arifin, JK Ulama PAS negeri Kedah. Beliau membentangkan tajuk Mewaqafkan diri dalam perjuangan menyentuh tentang kelebihan dan peranan yang perlu dimainkan oleh para Ulama. Ulama perlu mendepani cabaran dalam menyentuh isu semasa supaya ulama boleh berperanan di kalangan masyarakat.

Kegagalan ulama berperanan dan menangani isu semasa akan menyebabkan masyarakat gagal memahaminya. Ulama mesti mempersiapkan diri mereka dengan sebarang ilmu yang membolehkan mereka berperanan mereka.

Konvensyen yang disertai lebih seratus kalangan ulama muda itu adalah kali pertama dianjurkan. Ia bertujuan menghimpunkan ulama muda dalam PAS untuk digembelingkan dalam usaha meingislahkan masyarakat.

Sessi petang akan disambung dengan pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Ridzuan Mohd Nor bertajuk " Nak seribu daya"..

Tiada ulasan: