Ahad, 21 Mac 2010

MUSTAPHA AKUI RAMPASAN KUASA PERAK TAK BERMORAL

Proses rampasan kuasa di Perak yang dicatur oleh PM DS Najib di akui suatu tindakan yang tidak bermoral dan mengugat kestabilan politik. Kenyataan ini adalah kenyataan yang difahami dari kenyataan Datuk Mustapha Mohamed berkaitan proses rampasan kuasa melalui wakil rakyat lompat.

Walaupun kenyataan Mustapha berkaitan apa yang dicatur DSAI yang didedahkan oleh Zahrain di Parlimen, nampaknya secara tak langsung Mustapha mengakui tindakan yang dilakukan di Perak juga adalah tidak bermoral. Kaedahnya adalah sama, mendapatkan sokongan wakil rakyat llompat,mengadap raja dan mengistiharkan pertukaran kerajaan.

Ternyata Mustapha mengakui hakikat ini. Samada ianya satu sindiran terhadap tindakan Najib di Perak atau dilakukan dengan melupakan apa yang berlaku di Perak bukanlah persoalannya. kenyataan Mustapha boleh di rujuk di sini

2 ulasan:

adf55650 berkata...

Begini lah PAS mentafsir ayat Qur'an.

dato' berkata...

umNO tafsir macammana? Macam ulama Yahudi.... Halal jika dia buat... haram jika orang buat????