Ahad, 21 Mac 2010

SIAPA CAMPURTANGAN DALAM POLIS???

Beberapa hari ni Musa pulak jadi tumpuan. Sejak China Press melaporkan beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan, Musa semakin resah. Ia disambut oleh Menteri Dalam Negeri, Hishamudin Tun Husein yang mengesahkan Musa akan menamatkan kontrak beliau pada bulan september.

Apa yang berlaku seakan ada gelombang dalam KPN dan Kementerian Dalam Negeri khususnya. Kecelaruan dan kebocoran maklumat yang dinafikan dan kemudian disahkan memeprlihatkan ada pertembungan antara dalaman. kenyataan ini diakui Musa sendiri.

Musa juga mendakwa ada pihak ketiga yang menganggu dan memberi arahan kepada pegawai beliau yang tak sepatutnya berlaku. Ini memburukkan imej polis katanya.disini. Kenyataan itu sesuatu yang serius. Ia mencemarkan imej polis. Satu siasatan mesti dibuat untuk melihat siapa yang memberikan arahan tersebut.

Jika benar ada yang menganggu dan memberikan arahan kepada pegawai polis, ia satu campurtangan yang menggugat kestabilan dan perjalanan undang undang negara. Ia mesti disiasat walaupun tiada bukti. Pegawai yang menerima arahan luar dari institusi Polis samada dari menteri atau samseng mesti melaporkan dan siasatan dan tindakan mesti dijalankan.

Kita tidak mahu khabar angin tentang seorang pegawai Polis di Pulau Pinang satu ketika dahulu di ancam oleh seorang samseng dengan menunjukkan salinan pertukaran beliau ke tempat lain yang hanya di miliki oleh pegawai kanan polis. Beliau adalah pegawai kanan , tentunya arahan itu datangnya daripegawai yang lebih kanan.... ia berita yang di nafikan tanpa satu siasatan telus dijalankan.....

Tiada ulasan: