Isnin, 1 Mac 2010

PILIHANRAYA PERAK SEPTEMBER??? BETULKA???


Masihkah kita ingat ketika Abdullah Badawi ingin membubarkan parlimen. Sejak berita angin tersebar, Abdullah Badawi dan pemimpin umNo lain kerapkali menafikan berita tersebut. Namun akhirnya, sehari selepas penafian terakhir, Abdullah Badawi membubarkan parlimen.

Itu adalah cara dan budaya umNO yang tidak pernah hilang. Ia adalah senjata terakhir dan nafas umNO dalam usaha menipu rakyat Malaysia. Ia berlaku berulangkali dan kemuncaknya dilakukan oleh imam Mazhab Islam Hadhari.. Sebab itu wujud dalam pemikiran masyarakat Malaysia bahawa umNo dan pemimpinnya adalah penganut faham " mafhum mukhalafah". Apa sahaja yang dinafikan umNO adalah kenyatan. Bermula soal pilihanraya, kenaikan harga barang dan apa sahaja yang dinafikan mereka adalah kebenaran....

Terkini penafian Husni Hanazlah tentang angin pembubaran DUN Perak pada bulan September sini. Mungkin ramai meramalkan apa perlu Zamry membubarkan DUN Perak sedangkan Pakatan Rakyat sendiri telah "menyerah" dalam usaha pembubaran DUN setelah mahkamah memberi pukulan Maut terhadap tuntutan DS Nizar? Jangan di lupa bahawa ada beberapa masalah dan alasan kuat menuntut Zamry membubarkan DUN Perak setelah meyakini undi memihak kepada mereka. Tak kisahlah samada undi itu undi manusia atau hantu yang didaftarkan...

01. Siapa Speaker Perak masih belum ditentukan secara sah. umNO sedar apayang dilakukan oleh mereka dengan melantik Ganesan terlalu banyak menyalahi undang undang. Kalau rampasan kuasa Menteri Besar dibuat melalui pertemuan dan helah di Istana dengan mengendong katak katak jelmaan, tetapi rampasan kuasa speaker terlalu jelas. Ia bukan hanya rampasan dari segi teknikal tetapi jua rampasan seperti perompak yang menyeret mangsa ke bilik gelap.

Ganesan juga adalah orang luar yang diseludup kedalam DUN secara haram. Ia juga menyalahi peraturan dan undang undang apabila gagal meletakkan jawatan sebagai pengamal undang undang dalam tempoh tiga bulan dari perlantikannya. Apatah lagi perlantikan itu dibuat oleh timbalan speaker yang mewakili DUN yang diistiharkan kosong oleh speaker selain sokongan enam orang ADUN yang digantung.

02. umNO sangat mengharapkan agar mereka dilepaskan dari ugutan tiga ADUN Katak yang menjadi ancaman kepada mereka dengan pelbagai permintaan ini. ketiga tiga katak ini dikatakan sering meminta berbagai keistimewaan dari Zamry. Malah pemimpin umNO setempat mula marah kerana semua projek di kawasan mereka dimonopoli oleh kroni ketiga- tiga katak terutama Jamaludin.Perkara ini boleh disahkan melalui pemimpin umNO tempatan.

03. umNO mesti membuktikan bahawa rampasan kuasa itu adalah dengan kehendak rakyat Perak dan keputusan mahkamah adalah tepat.

04. umNO mesti mengisi tiga jawatan exco yang kosong kerana disimpan sebagai tarik tali dengan ketiga tiga ADUN lompat yang dijanjikan jawatan tersebut sebelum ini. Mereka masih boleh main tarik tali kerana kes dua katak yang didakwa atas tuduhan rasuah masih belum dibuat keputusan.

05. umNO telah menjalankan kerja pilihanraya melalui peruntukan projek di kampung kampung . usaha SPR yang dilihat giat mendaftar pemilih dengan kejayaan mendadak sangat meragukan . Dilaporkan lebih 50 ribu pendaftar didaftarkan oleh SPR Perak. Satu rekod atas kecemerlangan SPR. Ada juga angin bertiup menyatakan usaha persempadanan semula sedang giat dilakukan walaupun ia bukan untuk tempoh terdekat.

Kesimpulannya, umNO sangat terdesak mengharapkan pilihanraya walaupun itu satu pilihan yang menakutkan mereka dalam tempoh terdekat. Dengan kuasa yang ada, umNO akan menggerakkan seluruh jentera kerajaan bagi memastikan cita cita jahat mereka menjadi nyata. bagi umNo tiada istilah halal dan haram dalam politik..... Namun tarik itu masih tarikh harapan umNo jika mereka yakin menang, jika risikan melaporkan mereka akan kalah...boleh sahaja ditunda sampai bila bila....

Apa yang penting jentera Pakatan Rakyat mestilah sentiasa bersedai dan waspada dengans etiap isu terutama berkait perkauman....

3 ulasan:

yeop berkata...

jangan dok mimpi la kawan, tumpukan pada PRU13 sudahla. Mereka tidak akan menyusahkan diri mereka.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

bersedia lebih awal lebih baik dari tunggu pr 13...

Unknown berkata...

haa..haa umnoogok memang takkan bubar...... soal speker tuhh hal kecik je... tv3suku... utusan meloya, berita hairan bleh main peranan.. untuk menghalalkan semua tindakan umnoogok... apalah sangat si Siva tuhhh... bravo umnoogok..