Isnin, 22 Mac 2010

PROJEK TERKEJUT..... RAMAI YANG TERKEJUT....

Projek klinik satu Malaysia ialah projek terkejut yang muncul tiba tiba. Ia adalah projek bagi membantu mengesahkan kejayaan Projek Satu Malaysia ilham PM Najib Razak. Laporan kesalahan ubat yang di beri oleh Klinik satu Malaysia dan pendedahan ramai doktor yang tak tahu tentang klinik tersebut amat menyedihkan. Ia bukan satu satunya projek satu Malaysia yang menghadapi masalah. Sebelum ini jambatan yang digunakan setelah lebih kurang seminggu siap untuk projek lambak satu Malaysia di Kuala Dipang runtuh. Projek Satu Malaysia yang merupakan punca program tersebut dilaksanakan secara tergesa dipadamkan. kini satu lagi laporan mengejutkan tentang projek satu Malaysia...

Klinik 1Malaysia dikatakan memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti rendah, sehingga ada pesakit yang diberi salah nasihat dan juga bekalan perubatan yang silap.

Dr T Jayabalan, yang mewakili pekerja dan Majlis Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) mendakwa, kajian klinik-klinik 1Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapati ada pegawai pembantu perubatan memberikan ubat yang silap kepada pesakit.

Kajian berkenaan didakwa dilakukan di Kampar, Perak.

“Mereka memberi preskripsi untuk ubat yang salah dan ada juga yang membekalkan ubat yang mereka tidak ditauliahkan untuk berbuat demikian."Ada juga yang didapati gagal mengenalpasti sakit yang dihadapi oleh pengunjung klinik itu,” kata Jayabalan yang juga adalah penasihat kesihatan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

“Walaupun, pe
nyediaan klinik-klinik itu adalah tindakan yang mulia untuk membolehkan golongan kurang upaya mendapatkan bantuan kesihatan, namun kita mahu pesakit diberikan akses perubatan yang berkualiti,” katanya.

Doktor berpengalaman itu yang kini berrkhidmat di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang membuat pendedahan berkenaan ketika ceramahnya di Kompleks Caring Society di Pulau Pinang yang berjudul “Apa silap dengan sistem kesihatan kita” pada Sabtu lalu.

Majlis itu anjuran Forum Sembang-sembang, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan isu sosial dan awam. Ia dipengerusikan oleh bekas ahli dewan undangan negeri Machang Bubok yang mewakli Gerakan, Toh Kin Woon.

Jayabalan juga melahirkan rasa terkejutnya kerana 44 klinik berkenaan yang ditubuhkan sejak Januari lalu bagi membantu golongan berpendapatan rendah di bandar gagal ditubuhkan secara telus.

Dakwanya, kebanyakan doktor kurang mengetahui mengenai projek klinik 1Malaysia itu

1 ulasan:

BUJANG SUSAH berkata...

nak bunuh rakyat agaknya kot