Selasa, 13 April 2010

AIR LIUR DI TENGAH KALUTNYA HULU SELANGOR

Entah apa tujuan Dr Asri membangkitkan isu air liur di Selangor di saat bahang pilihanraya kecil semakin panas. Kata seorang pemimpin " anti klimaks". Bukan saya tak anggap penting apa yang diulas tetapi ulasan itu tidak serius kerana ketika diminta membuat laporan polis , beliau hanya menyuruh orang lain lapor.

Sementara itu, Dr Mohd Asri ketika dihubungi Malaysiakini petang ini enggan mendedahkan tokoh agama yang didakwa mengadakan 'upacara' menelan air ludahnya'

Sebaliknya, mantan mufti Perlis itu berkata, beliau akan meminta orang ramai yang menghadiri upacara tersebut agar melaporkan kepada JAIS.

Ditanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan JAIS, Dr Asri berkata: "Nanti dahulu, tengok perkembangan siasatan"

______________________________________________________________
Di satu masa yang sama umNO nampaknya terlalu bimbang dengan suasana penamaan calon. umNO sedar, mereka akan kalah pada pusingan asal. Warna satu Malaysia tentunya akan lebih ketara di pihak Pakatan Rakyat.

Lebih membimbangkan, jika BN yang diwakili MIC tidak disertai kaum India jika bukan Palanivel calonnya. Di sudut yang lain umNO telah menggugut tidak menyokong calon India walauapun kita tahu ugutan itu umpama ugutan seekor anjing yang melalak, bila kita tunduk untuk lagak ambil pasir atau batu,... anjing akan diam atau lari...


Tiada ulasan: