Mungkinkah pepatah Yang dikendong tercicir , yang dikejar tak dapatakan melanda umNO BN setelah mengumumkan calonnya di Hulu Selangor. umNO yang bercadang mengugut memulau jika calon dari MIC bertanding mungkin satu ugutan penakut. Namun ugutan MIC tak boleh diketepikan begitu sahaja.
MIC dilaporkan akan mmepertahankan calon mereka G Palanivel dan akan menolak calon lain sekalipun dari MIC sendiri. Khabar bertiup, calon pilihan Muhyidin tetap dari MIC namun bukan Palanivel meresahkan MIC. Sura ugutan telah kedengaran. sumber.
Ugutan MIC bukan satu mainan. Semua kenal dengan sikap masyarakat India sejak meletusnya isu Makhal sakhti di Kuala Lumpur sebelum pilihanraya dulu. Matlamat mereka mengajar Samy Velu menjadi kenyataan apabila Samy tersungkur di Sungai Siput yang menjadi kubu Namun tidak dapat dipastikan sejauh mana beza India MIC dan Makhal sakhti?
Pastinya BN semakin bimbang dengan perkembangn yang berlaku dan ianya memberi ruang kepada Pakatan Rakyat yang telah meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya. Pilihannya sangat tepat dengan komposisi kaum di Hulu Selangor. Nampaknya BN sedang tersungkur di pusingan kedua setelah perbalahan antara umNO dan MIC merebut kerusi tersebut. Kini mungkin MIC sesama mereka pula akan berbalah.
Apakah umNO yang dari awal menolak calon MIC akan menerima calon buangan MIC jika ini terjadi. Jika biukan Palanivel , kemungkinan hanya umNO akan mengiringi calon BN. ia sesuatu yang mengerikan dalam sejarah umNO yang kononnya memperjuangkan bangsa... apa pun.. ia sangat menarik dalam konteks Pilihanraya Hulu Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan