Selasa, 27 April 2010

BUKAN NEGARA POLIS!


Peristiwa polis menembak mati pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia adalah rentetan perbicaraan terbuka rakyat terhadap pasukan keselamatan negara di bawah Musa Hasan. Sepanjang perkhidmatan Musa Hasan sebagai ketua POlis negara terlalu banyak kes melibatkan kematian di tangan polis. Siapa yang bersalah masih tiada jawapan.

Kes terbaru melibatkan pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia mengejutkan kerana pelajar itu tidak memiliki senjata api. Ia di bawah umur. Tiada bukti selain dakwaan anggota polis pelajar tersebut menyerang. Jika betul serangan dengan senjata parang, mengapa perlu ditembak hingga mati sedangkan dari laporan , anggota polis terbabit melebihi dua orang.

Atas apa alasan sekalipun, pembunuhan pelajar bawah umur tanpa senjata api sangat memilukan. Berbagai persoalan timbul, apakah pelajar terbabit memiliki kes jenayah sebelum ini hingga satu tindakan kejam begitu dilakukan? Apakah tiada cara lain selain menembak? Apakah polis yang cekap tidak mampu menangani pelajar 15 tahun yang hanya dikatakan bersenjata parang panjang? sini

Lebih menimbulkan persoalan ialah dakwaan rakan pelajar terbabit bahawa pihak polis telah menembak kereta mereka ketika memotong MPV polis. Rakan pelajar terbabit mendakwa polis membelasahnya beramai ramai dan beliau sempat lari sini.

Sebagai rakyat Malaysia, tentunya kita amat sedih dengan apa berlaku. Lebih memilukan ia berlaku terhadap seorang pelajar melayu di bawah umur. Tindakan kenyataan pihak polis ketika siasatan masih dijalankan juga suatu tindakan diluar peraturan. Kita amat berharap agar siasatan yang telus dijalankan serta memberi keadilan . Jangan ada usaha menutup kesalahan terutama pihak polis. Jika rakyat meragui siasatan tersebut, kesannya amat besar. Hilang kepercayaan kepada pihak polis akan menyebabkan kesan yang serius. Kita adalah negara yang mempunyai undang undang dan BUKAN NEGARA POLIS!

6 ulasan:

Unknown berkata...

Salam,
1.aku nak tanya kalau polis mati dilanggar oleh kereta itu...adaka laporan juga begini..

2,Khalid Samad tu jadi perihatin juga ka...
3.dahla biar polis siasat..jgn timbulkan spikulasi...

4.Aku rasa,sikhalid tak akan berrminat kalau polis yang mati...kerana tidak ada keuntungan politik..

5.Dan kalu takdirnya polis tu adalah kau...kau nak biar kau dilanggar aja...

6.Pikirla...berapa ramai dah polis kita mati ditangan penjenayah...berapa ramai anak jadi yatim dan berapa ramai dah jadi janda...ada siapa ambil peduli !!!!!

adibeta,
kubang kerian,kelantan,
layarbiru15@gmail.com

adf55650 berkata...

Salam,

Punca asal kes ini adalah bagaimana seorang budak berumur 15 tahun boleh dibenarkan memandu kereta. Adakah ini bukan satu kesalahan?

Sekiranya berlaku kemalangan melibatkan budak pemandu ini dan orang awam, adakah kesalahan diletakkan kepada polis juga kerana tidak bertindak ke atas budak pemandu ini?

Sekarang ini yang harus dibicarakan adalah pemilik proton tersebut atas sebab2 cuai menjaga kenderaan miliknya.

azman kamarul berkata...

Tak perlu cerita banyak....polis yang tembak budak tu kena tahan dan dibicarakan...ini bukan negara polis beb.

Masalah budak tu keluar malam..memang tak sepatutnya keluar begitu larut malam...tapi takkan sampai tembak mati pulak beb.Guna otak...tak guna naik gaji tapi otak ciput.

JANGAN BUAT NEGARA INI MACAM NEGARA RIMBA...TAK SUKA TEMBAK...TAK SUKA FITNAH MASUK JEL...TAK SUKA TUDUH MACAM-MACAM....

Klau masing-masing dah pernah sekolah dan mengaji sampai kat u...gunalah otak jangan guna lutut berfikir.

Perkara dah jadi, ambik tindakan kenapa nak cakpa pusing-pusing macam lidah biawak bercabang.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Layar...
takkanlah mudah sangat nak tembak orang..nyawa tu... Bile pulak budak tu langgar polis tu...jangan pusing cerita..
adf....
Tolong faham isu..bukan salah bertindak..bukan TEMBAKKKK!

adf55650 berkata...

Azman: Negara rimba adalah negara yang tidak ada undang-undang. Boleh buat sesuka hati.
Kita ada undang-undang.
Arahan sudah diberi tapi tak berhenti. Terus memecut. Bukan kesalahan kah itu?
Pukul dua pagi. Bukan tengahari. Wajarkah budak berumur 15 tahun berkeliaran?
Tak ada lesen, mengapa memandu? Mengapa benarkan seorang budak memandu.
Itu yang patut dikatakan negara rimba.

KamAlinFaris berkata...

ini adalah contoh manifestasi kegagalan tangan2 manusia yang semakin hari semakin jauh menyimpang dari ajaran agama Islam yang menyeluruh. Tauladan untuk diriku dan untuk semua