Khamis, 22 April 2010

MEMANG AKU BALACI....

Hanya muncul di musim Pilihanraya... muncul bersama jentera sesumpahnya... senjata hanya dihalakan untuk seorang manusia... seolah hidup politiknya kerana manusia yang didendaminya sepanjang masa....Itu lah Ezam yang lebih dikenali manusia 6 kotak rahsia...

Kali ini di hulu Selangor, Ezam sekali lagi menghalakan senjatanya kepada DSAI. Umum mengetahui , memang karier politik Ezam bersama DSAI. Watak dan lenggok bahasa Ezam adalah jelmaan DSAI. Entah apa yang menjadikan Ezam kecewa sangat dengan DSAI tidaklah dikatahui... hanya dibisikkan Azmin adalah hijab antara mereka....

Kalau Ezam dulunya menghidupkan karier politiknya untuk membela DSAI, kini hidupnya karier politik Ezam hanya untuk memusnahkan DSAI. Jika itulah sifirnya... Ezam tidak hidup tanpa DSAI. JIka DSAI musnah awal, beerti politik Ezam juga akan musnah.

Di Hulu Selangor Ezam sekali lagi laku kerana di situlah medan DSAI melobi untuk Zaid. Ezam muncul dengan dakwaan DSAI mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi. Dia mendakwa kononnya memiliki bukti itu. Ezam juga dulunya pernah mendakwa mempunyai bukti salah laku pemimpin BN hingga enam kotak...

Setelah berlalu beberapa ketika dan Ezam dipaksa mendedahkan isi kandungan enam kotak itu, hari ini secara rasmi Ezam menyatakan bahawa beliau tidak memiliki kotak itu selain menurut arahan DSAI untuk membangkitkan isu enam kotak. Tanpa selidik Ezam memainkan isu itu dan mendakwa memiliki kotaknya dulu.... itu dulu...kini Ezam menafikannya dan mendakwa hanya menurut arahan..

Apa yang ingin dibangkitkan ialah sikap Ezam... rupanya dari dulu dia sanggup menjadi budak suruhan dan patuh serta buat apa sahaja kehendak tuannya sekali pun tidak tahu apa apa. Jika dulunya Ezam paatuh arahan dari balik jeriji yang tentunya tak mampu berbuat apa, apakah pelik Ezam akan patuh arahan dari pemimpin BN untuk kekenyangan...?

Pengakuan Ezam menunjukkan beliau adalah budak suruhan atau diistilahkan sebagAi balaci dan akan menurut apa sahaja arahan tuannya untuk menyalak... apakah orang yang mengaku mempunyai sikap begitu boleh dipercayai lagi... Jika betul dakwaan Ezam.. bermakna dakwaan bersungguh beliau dulu kononnya memiliki ennam kotak itu hanya dusta sahaja... Ezam adalah budak suruhan paling taat. Bertuah lah BN memiliki budak suruhan yang akan akur apa sahaja arahan tuannya...

Ternyata pengakuan Ezam cni bukan memulihkan kredibilitinya, sebaliknya menjelmakan sikap budak suruhan yang dimiliki Ezam dari tuannya....

Tiada ulasan: