Ahad, 11 April 2010

PERANGKAP SATU MALAYSIA.... MURTAD DARI umNO


Gelora Hulu Selangor semakin terasa. Siapa calon masih rahsia. Namun BN telah menerima isyarat dari mana calon mereka. Pakatan Rakyat, tanpa bertelingkah sepakat memberi laluan kepada PKR bertanding. umNO cuba mencelah.. namun komitmen Najib menggembirakan MIC yang tentu sedar diri komposisi kaum di Hulu Selangor tidak menyebelahi mereka.... Sememangnya sebelum inipun mereka sangat yakin...umNO adalah parti yang sangat toleran dalam meraikan kaum India dan sanggup melakuka apa sahaja walaupun terpaksa mengkhianati amanah bangsa melayu kepada mereka... semuanya demi kuasa....

Walaupun Mahyudin secara peribadi nampak kurang senang dengan perkembangan ini, namun beliau hanya timbalan kepada seorang PM yang bernafsu satu Malaysia... semuanya satu malaysia...isterinya jua isteri satu malaysia...atau mungkin dia boleh sahaja miliki isteri di satu Malaysia...

umNO Hulu Selangor tentu terpaksa akur dengan slogan yang menjadi lagu PM baru ini. Lagu satu Malaysia yang didedahkan konsepnya adalah ilham dari syarikat Israel... Walupun perjuangn bangsa juga ruh dari Israel.., namun konsep rupa bangsa Malaysia yang diperkenalkan Najib ini tentunya jauh lebih tersimpang dari matlamat ketuanan Melayu yang dijunjung oleh penyokong akar umbi terutama di kampung kampung di kalangan ahli umNO.

Mahyudin meluahkan kekecewaannnya terhadap satu Malayisa melalui kenyataannya, "Saya masih melayu dan tentunya melayu saya lebih dahulu ..." kenyataan yang membuat Najib tersedak. Kini Hulu Selangor menuntut konsep satu Malaysia yang diimani itu dijelmakan dengan praktikal. Tanpa praktikal.... maka tentu iman itu tak sah dan sia sia...

Ternyata umNO kini terperangkan dengan Satu Malaysia. Najib telah menjerat seluruh ahli umNO akur dengan konsep satu Malaysia... dan Hulu Selangor adalah jelmaan iman satu Malasia. Itu iman Najib dan umNO. Siapa yang menola konsep Satu Malaysia khususnya di Hulu Selangor perlu murtad dari umNO.

Iman kemelayuan umNo dan iman Satu Malaysia BN sangat bercanggah. ibarat langit dan bumi. atau Islam dan Majusi. Melayu dalam umNO terpaksa membuat pilihan samada menyokong satu Malaysia atau murtad dari Barisan Nasional yang mendokong iman Satu Malaysia... melainkan melayu spesis sesumpah yang boleh sahaja menjelma di dua dunia dan warna yang berbeza

1 ulasan:

azman kamarul berkata...

1malaysia-1israel
Apco didahulukan-Yahudi diutamakan