Khamis, 22 April 2010

PERKEMBANGAN MENARIK HULU SELANGOR

Pilihanraya Hulu Selangor akan lebih menarik apabila TGNA di jadualkan turun ke medan esok sekembalinya dari Mekah. Kedatangan TGNA adalah kemuncak kesungguhan jentera PAS membantu calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat. Maklumat diterima, jentera Pilihanraya PAS telah dikerahkan berlipat kali ganda berikutan serangan membabi buta BN dengan bantuan jentera kerajaan.

Datuk Mustapha Ali telah mengumumkan perkara tersebut sebagai komitmen PAS membantu PKR dalam pilihanraya tersebut. PKR mungkin berhadapan sedikit kesukaran terutama kebocoran maklumat berikutan tindakan Dr Halili yang merupakan orang kuat Hulu Selangor meninggalkan PKR dan membantu BN. Walaupun tindakan itu tidak banyak menjejaskan jentera PKR namun adalah dimimbangi masih ada penyokong beliau dalam jentera PKR yang ditinggalkan sebagai informer BN.

PAS yang memiliki jentera yang berpengalaman dan dipercayai pasti nya akan menggerakkan jentera untuk digandingkan dengan jentera tempatan. Pastinya PAS akan menggunakan markasnya yang bertebaran sebagai pusat yang boleh digerakkan dan dikawal sebaik mungkin. Kebocoran strategi boleh melumpuhkan tenaga dan perancangan Pakatan Rakyat menyerang BN.

Perkembangan mutakhir pastinya akan lebih menarik setelah pemimpin tertinggi dalam PAS itu menyatakan sokonganya. Serangan terhadap peribadi Zaid boleh dikurangkan apabila seorang yang dihormati seperti TGNA memberikan sokongan secara langsung. Pastinya BN akan lebih kucar kacir kerana tenaga yang digunakan BN kini adalah bekas PKR yang berpaling tadah atas alasan hilang kepercayaan....

Tiada ulasan: