Jumaat, 23 April 2010

SEANTERO DUNIA MASUK umNO!

Bukan luar biasa kisah orang bukan umNO masuk umNO ketika pilihanraya umum atau kecil. Ia adalah kerja biasa umNO melemahkan jentera musuh mereka di samping menaikkan semangat jentera mereka.Namun kekadang ia juga menjadi mimpi buruk umNO kerana tertipu dengan cerita tipu mereka sendiri.

Apa yang berlaku di Hulu Selangor sangat dahsyat kerana terlalu ramai yang keluar parti lalu masuk umNO. Ia bukan hanya di kawasan yang terlibat dengan pengundian sebagaimana biasa, sebaliknya penyakit itu di seluruh negara. Di angkut dari Perak dan seantero Malaysia. Malah yang baru mendakwa menjadi jadi penaja pun keluar juga????

Itulah senjata tumpul MIC BN dalam pilihanraya Hulu Selangor. Apa yang mendorong taktik itu digunakan tidaklah diketahui. Kalau satu dua mungkin orang boleh percaya, tapi kalau dah seluruh negara kire susah orang nak percaya. Jangan pelik kalau dalam sehari dua ini akan ada ahli PAS dan PKR dari Afrika Selatan dan kutub utara akan menyertai umNO. Kalau dah terdesak sangat, mungkin orang MCA dan MIC pun akan masuk umNO....

Tiada ulasan: