Ahad, 18 April 2010

TELUR BUSUK HANYA DI HIDUNG MUFTI

Demonstasi anti Yahudi di masjid negeri Perak, Ipoh tiba tiba meletup. Bukan takde demonstrasi serupa di tempat lain malah seluruh negara tindakan serupa dilancarkan oleh Pemuda PAS negeri masing masing. Apa yang menarik di Ipoh ialah telur yang didakawa telur busuk yang dilempar ke papan simbul Yahudi (ada juga simbul umNO) dan fatwa mufti negara Tuan Harus tsani.

Saya hanya melihat laporan dari akhbar harian tentang berita berkaitan program yang saya hadiri. Apa yang menjadikan ianya menarik sebenarnya ialah ulasan dari tuk peti mufti yang menjadi jurucakap sebelum diulas oleh exco. Saya sangat malas mengulas isu agama yang diulas oleh exco yang tak reti atau reti agama kerana jawatan mereka adalah jawatan haram hasil rampasan kuasa. Apalah diharap ulasan dari orang yang duduk di tempat haram seperti perompak yang mengulas tentang hiasan dalaman bilik solat di rumah yang dirampas..biarkan beliau merepek sendiri...

Apa yang menjadikan demonstrasi itu menarik ialah ulasan tok peti yang memfatwakannya haram. Asasnya fatwa itu ialah mencemar institusi masjid apabila melontar telur yang didakwa busuk...betulke?? Orang yang terkena baju dan hadir di masjid tu tak terbau pun bau busuk...tiba tiba mufti yang entah berada di mana tercium busuknya...mungkin dari angin yang dibawa oleh pemberita fasiq. Jika benar sumber itu dari pemberita fasiq...malangnya Perak bermuftikan seorang yang tidak mengambil pesanan dan ingatan Al Quran dalam surah Hujurat. mungkin juga telur busuk hanya di hidung mufti??

Persoalan pokok demonstrasi itu ialah hubungan Malaysia dengan syarikat Yahudi - APCO. Umum mengetahui bagaimana tindakan Yahudi terhadap umat Islam dan masyarakat selain Yahudi di seluruh dunia. Kekejaman dan kezalimannya. Tindakan kerjasama dengan syarikat yahudi ialah pengkhianatan terhadap umat Islam seluruh dunia. Ia juga mengecewakan masyarakat dunia yang cintakan keadilan. Demonstrasi itu ialah menifestasi iman kebencian terhadap yahudi serta keperhatinan terhadap saudara mukmin yang disebut Rasulullah. Hanya seorang yang tidak beriman sahaja yang tidak pedulikan nasib saudara seimannya. Asas demonstrasi itu ialah iman.


Persoalan kaedah atau uslub yang tidak berkenan di hati tuk mufti ialah persoalan cabang. Ia hanya pandangan atas alasan mungkin berlemah lembut atau ada cara lain yang lebih sesuai. Jika ada cara lain yang lebih sesuai seperti menalifon PM ( khabarnya mufti selalu telefon Najib secara personal bila ada masalah berkaitan agama) kita bukan mufti yang mendapat akses seperti itu. Itu cara mufti, kita bukan mufti, takkanlah perbezaan pendapat dari segi pendekatan menjadikan mufti mengharamkan tindakan hasil iman yang berlaku di masjid negeri Ipoh itu.

Kita sangat tahu sikap mufti yang tidak suka demonstrasi kerana kelembutan jiwanya barangkali ( sangat sesuai dengan golongan penakut) tetapi janganlah sesuka hati mengharamkan tindakan orang lain. Takkanlah semua pendapat mufti sahaja yang betul??? apatah lagi mufti yang berkepentingan dengan kerajaan seperti Harusani.

Kenapa Harusani langsung tidak menyentuh tujuan demonstrasi itu khususnya hubungan Malaysia dengan Yahudi? Jangan beralasan ulasan berkaitan dengan yahudi tidak disiarkan akhbar kerana jika itu berlaku, sepatutnya Harusani memperbetulkannya bagi mengelak tanggapan mufti tak peduli pasal hubungan dengan yahudi.

Lebih mengecewakan , mufti sangat sensitif dan terlalu cepat membuat ulasan berkaitan tindakan Pakatan rakyat khususnya PAS. Apakah mufti ialah biro agama umNO dalam kerajaan? Tidak dinafikan Harusani antara mufti yang berani menegur JK antara agama yang dibentuk kerajaan ( saya beranggapan isu itu perangkap untuk Pakatan Rakyat. Alhamdulillah PR tidak mengulas dan membiarkan kerajaan menguruskan sendiri kerana mereka sendiri yang mencipta masalah) Namun dalam isu demonstrasi ini , ulasan beliau sangat tidak adil dan berat sebelah dengan langsung tidak menyentuh isu pokok.

Harapan saya biarlah Harusani menyelidik terlebih dahulu sebelum mengulas. Mungkin orang yang tak tahu duduk sebenar perkara boleh percaya kepada Harusani, tetapi tidak bagi mereka yang hadir dan tahu asas demonstrasi itu dilaksanakan. Mungkin orang yang sangat sayang kepada umNO sedikit terasa kerana umNO turut menjadi sasaran kerana bekerjasama dan membantu yahudi melalui APCO. Saya tak pasti mufti juga mempunyai hubungan jiwa dengan umNO.

Apapun tahniah kepada penganjur kerana matlamat menarik perhatian masyarakat terhadap isu APCO yang menjadi penasihat kerajaan umNO telah berjaya. Semoga masyarakat khususnya umat Islam menyedari pengkhianatan kerajaan terhadap kepercayaan mereka dengan membantu syarikat Yahudi yang membunuh umat Islam.

Tiada ulasan: