Isnin, 19 April 2010

TINGGALKAN SAHAJA TAIK ITU DI DALAM TONGNYA..

Perang di Hulu Selangor kian rancak. Masing masing masih menyimpan senjata akhir yang akan menjadi senjata pemusnah pihak musuh. Siapa yang mampu menguasai suasana tentunya akan mendapat undi rakyat.

BN sangat bimbang diperingkat awal lagi apabila ancaman dan ugutan saling dilontarkan oleh umNO dan MIC dalam usaha mendapatkan kerusi tersebut. umNO memainkan isu melayu dan MIC memainkan isu kerusi tradisi mereka. Di Dalam Bn telah wujud kumpulan yang berasaskan sentimen bangsa sejak dulu dan Hulu Selangor adalah terjemahannya.

Akhirnya atas semangat satu Malaysia kerusi melayu yang terlepas beberapa penggal kepada MIC terus kekal ditangan MIC dan umNO terpaksa berputih mata. maka di pujuk sekelian ahli umNO dengan sifir abc Mahyudin.... Kamalanathan ialah jelmaan satu Malaysia hasil cantuman nama Melayu Cina dan India.... maka terubatlah hati sekelian melayu yang kecewa....

Tidak pasti sifir Mahyudin itu satu kesungguhan, gurauan atau satu sindiran terhadap satu Malaysia yang sememangnya dikenali sikap Mahyudin terhadap konsep Najib ini. Apapun luka pemilihan Kamalananthan ini tetap dirasai oleh melayu dan India. Melayu terasa kerana kecewa kerusi bermajoriti melayu diwakili India... sebaliknya India kecewa kerana campurtangan umNo menentukan calon dari MIC.

Bimbang undi melayu dan India yang kecewa...muncul calon bebas dari kalangan melayu dan India. Saya sempat bersua muka calon bebas melayu di kedai makan .... lagaknya macam robot yang lebih ditentukan dan diatur oleh wakil calonnya.... saya sangat meyakini calon ini ialah calon tajaan umNO.

Demi menunjukkan kononnya mereka marah maka di canangkan calon tersebut itu akan di pecat...itulah politik umNo yang sangat mudah ditelah.... dari undi kecewa lari kepada PR lebih baik lari ke BEBAS.... itu lebih selamat.... mereka pernah membuktikan tentik itu di Sabah dengan menaja sebuah parti BERSEKUTU demi menyelamatkan undi kecewa umNO lari ke PBS.

Siapa menang pastinya ditentukan oleh majoriti tipis kerana masing masing punya kekuatan dan kelemahan tersendiri. Kali ini umNO terpaksa menggunakan isu peribadi calon sekalipun SPR kerapkali malah telah mengazetkan sebagai satu kesalahan menyerang peribadi calon. Namun kali ini SPR terpaksa mendiamkan diri lantaran ia di buat oleh bos mereka. SPR menjadi bisu dengan isu serangan peribadi calon....

Walaupun calon PKR Zaid Ibrahim adalah calon yang dilabel sebagai calon bermasalah peribadi..namun ianya adalah sejarah... sejarah itu berlaku di dalam umNO. umNO tidak langsung mengambil kisah peribadi Zaid malah melantiknya menjadi menteri semasa bersama umNO sekalipun mengetahui peribadi Zaid ketika itu.. sungguh hipokrit umNO.

Malangnya setelah Zaid bertaubat dan meninggalkan umNO, maka Zaid dijadikan sasaran serangan peribadinya semasa bersama umNO. umNO tidak perlu berbicara soal akhlak dan peribadi kerana sanarai panjang pemimpin umNO dipenuhi segala macam skandal. Skandal seks dengan budak bawah umur... pembunuhan... malah isu arak adala isu kecil bagi umNO.... Malah terbukti Zaid adalah peminum arak semasa di dalam umNO.

Kini Zaid adalah insan bertaubat yang meningalkan segala kebusukan akibat kegagalan umNO mendidik ahli dan pemimpinnya. Sekutu umNO - MCA memilih seorang pemimpin yang jelas dan mengaku melakukan seks. Segalanya kerana bersama umNO..mereka dilindungi... malangnya Zaid kerana meninggalkan umNO dan tabiat buruk bersama umNO dengan memilih kebaikan, maka dia diserang kerana sejarah silam yang ditinggalkan...

Semoga ia merupakan kaffarah dosa Zaid dam moga PAS yang menjadi sekutu Pakatan Rakyat mampu mendidik dan menjelmakan Datuk Zaid sebagai insan beriman.... selagi bergelumang dengan umNO..yang baik akan jadi Jahat.. Zaid memilih meninggalkan kejahatan dan segala keburukan di dalam umNO... Biarkan segalanya keburukan itu membarah di dalam umNO. Tinggalkan sahaja taik itu di dalam tong nya...Tahniah Datuk Zaid.

2 ulasan:

Aa berkata...

Dengan menyerang zaid adalah peminum maka AMNO membuka keaiban sendiri iaitu selama ini tahu bahawa ada pemimpin mereka minum arak tetapi membiarkan kerana itu adalah budaya AMNO. Maka pendedahan Saifudin di parlimen memang adalah amat ditakutu oleh puak AMNO. Terima kaseh atas serangan AMNO kerana secara tak lansung mengesahkan pendedahan Saifudin TQ

fawi berkata...

yg nie senang jer...suruh ZAid umumkan, sblm nie dia biasa 'minum' dgn siapa?

itu pun Hisham Auww dh ngelabah biawak...