Rabu, 12 Mei 2010

CINA BANGKIT, INDIA BANGKIT... APA JADI??

GERTAK dilaporkan akan menganjurkan satu perhimpunan melayu yang dinamakan Melayu Bangkit. Tujuan dibuat program itu kononnya membangkitkan semangat melayu dengan menjadikan peristiwa 13 Mei sebagai pedoman. Semua tahu 13 Mei adalah detik hitam yang tak mahu dikenang rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.

Walaupun umNO dilaporkan tidak terlibat dengan perhimpunan itu, semua tahu siapa dalangnya. Jika umNO menentang, mereka boleh menghalang ahlinya hadir tetapi kehadiran Tun Mahathir adalah bukti ia didokong umNO. Itu semua tak penting... yang paling penting apa tindakan Polis. Bukan PAS sahaja menentang, MCA dan MIC juga menentang....

Jika tiada sebarang tindakan walaupun laporan telah di buat, ini akan menyerlahkan lagi sikap balaci polis terhadap umNO. Di Sarawak dilaporkan VCD yang didakwa hasutan pun dirampas. Jika isu nama Allah menjadi larangan di Sibu apakah isu 13 Mei tidak dilarang di Malaysia.??

Bagaimana jika selepas ini Cina pulak bangkit, India pun nak bangkit.... masing masing memperkukuhkan bangsa masing masing semuanya atas isu 13 Mei, tidakkah ianya akan mencetuskan kembali permusuhan kaum . Cina merasa diinaya dalam 13 Mei, India rasa terancam dengan 13 Mei....

Jika semua bangsa saling bersaing untuk mempertahankan bangsa masing masing tidakkah ianya akan mencetuskan persaingan tidak sihat kerana asasnya ialah peristiwa 13 Mei?? Kita menanti tindakan polis terhadap perhimpunan tersebut... jika polis tidak mahu label barua umNO dilekatkan ditubuh mereka...

2 ulasan:

Luna and Thatguy berkata...

salam tuan tanah,

buh link kami sama..TQ

layar berkata...

Salam,
1.Apa nok hairan....ketuanan rakyat..hapuskan DEB dll..apa maknanya...

2.Cuma signifikannya ialah....org lain buat salah...kita buat betul....

adibeta,
layarbiru15@gmail.com