Rabu, 12 Mei 2010
MENANTI KATA...JUDI...
Pendedahan Awang Adek yang kempunan menjadi Menteri Besar Kelantan dan kini Timbalan Menteri Kewangan melesenkan judi Piala dunia dilaporkan menjadi kenyataan. Menurut berita , lesen menguruskan perjudian halal itu diberikan kepada Berjaya Group. KAT SINI Apapun tahniah kepada rakyat Kelantan kerana menolak Awang Adek yang dicalonkan menjadi Menteri Besar jika Kelantan dikuasai Barisan Nasional. Kalau tidak tentu Kelantan yang bergelar serambi Mekah akan berubah menjadi Serambi atau pusat judi mengalahkan Genting ....
Rakyat Malaysia khususnya Muslim ternanti nanti komentar tokoh agama yang sangat cepat melatah dalam isu semasa seperti Harusani. Kalau demo baling telur pun dia komen...takkan pasal judi buat tak reti...ataupun Harusani tak kesah sebab judi ni ada masyukkk...dan umNO melayu akan selamat dengan wang judi... Rakyat bukan hanya menanti komentar mereka tetapi yang penting tindakan menentang keputusan tersebut. Jika sekadar menyatakan tindakan melesenkan judi itu haram, semua orang tahu... malah buruh Bangladesh pun mungkin lebih tahu lagi.
Apa yang dinanti ialah tindakan dan pimpinan orang bergelar tokoh agama dalam menentang hingga keputusan itu ditarik balik. Ini yang dinanti orang yang cintakan agama samada pendokong PAS, PKR mahupun umNO malah mungkin jua DAP yang bencikan judi.
Alasan Menghalalkan tindakan itu sangat tidak dapat diterima. Atas alasan sukar dikawal dan mengelakkan judi haram, dan yang lebih penting ianya memberi sumbangan ekonomi kepada negara. Apa komen menteri Kewangan kedua Husni Hanadzlah juga belum jelas. Beliau yang dikenali sebagai pendokong ABIM suatu ketika dulu, malah kerap berbicara bersulam nas agama sangat diharapkan. Orang Husni yang menyokongnya di Tambun tentu mahukan jawapan dari beliau sebagai wakil mereka yang ada kuasa di Kementerin Kewangan.
Namun kita sangat yakin, tiada apa yang boleh dilakukan Husni malah mungkin beliau turut bersetuju kerana itu dasar BN. Tentunya yang lebih menarik, tuduhan sejak dulu bahawa tauke judi adalah antara penyumbang dana terbesar Pilihanraya Barisan Nasional. Pastinya Barisan Nasional akan menurut telunjuk tauke Judi apatah lagi sejak kalah dalam PRU 12. Banyak negeri yang Barisan Nasional kecundang menyebabkan peluang mengikis hasil di negeri tersebut juga terhalang.
Kalau ada yang memohon lelsen judi untuk piala Thomas pun mungkin BN akan benarkan... Yang penting BN kini sangat memerlukan dana bagi membiayai program pilihanraya mereka. Persoalan yang wajib ditanya kepada penyokong Barisan Nasional ialah.... masihkah lagi mahu menyokong parti judi????? Kalau tak tahu jawapannya..mungkin mufti Harusani boleh membantu menjawabnya.... jangan dijawabnya nanti... takpa... yang penting melayu berkuasaaaa....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan