Isnin, 10 Mei 2010

GAJI NAIK NAK PAKAI WANG JUDI KE???

Terngiurkah kakitangan kerajaan dengan umpan naik gaji yang disebut Awang Adek. Awang Adek yang menyentap ketenangan umat Islam apabila mencadangkan agar judi berlesen sempena piala dunia diberikan cuba pula memujuk kakitangan awam. Umum mengetahui sikap kebanyakan kakitangan awam terhadap kerajaan Barisan nasional.

Kalau ditanya kakitangan awam ...mahukah gaji dinaikkan??? semuanya mahu... tetapi kalau ditanya mahukah gaji dinaikkan dengan syarat menyokong Barisan Nasional.?? mungkin separuh yang mahu...hakikatnya belum tentu separuh itu akan menyokong. Isu gaji naik bukan perkara baru dalam sektor awam. Bonus yang tak pernah miss sejak sekian lama pun miss tahun ni... nak harap naik gaji plak??? entahlah.... ragu seorang kakitangan awam...

Sebelum ini kerajaan mahu kakitangan awam menyokong cukai perkhidmatan kerajaan kalau mahu naik gaji, kini setelah pujukan itu tak berhasil... Awang Adek pula bercakap isu naik gaji... Namun Awang Adek tidak menggariskan secara tepat bagaimana gaji mahu dinaikkan selain bercakap secara umum berkaitan MEB.

Saya sangat yakin kakitangan awam yang bijak tidak akan termakan dengan gula gula plastik Awang Adek- MB Kelantan yang tak kesampaian ni.. Kenaikan gaji adalah hak... Bagaimana kerajaan boleh menunaikannya bukan kerja kakitangan awam... Tapi kalau dengan duit cukai judi berlesen yang nak diperkenalkan Awang Adek tu...lebih baik tak usahhh....

Saya angkat komen sdr Merbok untuk di kongsi bersamadi ruang utama selain yang ditinggalkan dalam komen;
aku kerja kerajaan.. tapi aku tak setuju naik gaji (mungkin ramai tak setuju dgn aku) sebab apa? sebab harga barang akan naik.. yg keja kerajaan macam aku ok la boleh survive tapi yg di pendalaman pelusuk kampung tu mcmana pulak?

aku kerja di kawasan pendalaman.. aku sedih bila tengok org kampung di sana masih ramai lagi yg miskin.. ada yg pagi-pagi keluar bawak serkap/jala untuk tangkap ikan buat lauk makan t/hari.. rumah diorang jgn cakap laa.. dhaif gila.

kalau harga brg naik depa ni laa yg terasa beban.

cuepac pun satu hal jugak! asyik dok mintak naik gaji dgn elaun tahunan, tu saja laaa yg depa tau buat. aku rasa daripada depa dok pulun mintak naik gaji, lagi baik depa mintak kerajaan kawal harga barang, sekurang-kurangnya semua boleh rasa nikmat.

lagi satu, lagi elok cuepac buat koperasi atau melabur buat pasaraya dgn harga terkawal (alaa yg macam giant/tesco tu) kalau dengan bantuan kerajaan aku rasa harga barang tu boleh juai lagi murah dari giant/tesco .. nak lagi cantik buat kat kawasan agak luar bandar.. jadi penduduk setempat pun boleh tumpang beli barang harga murah.

kerajaan pun toksah laa dok beli jiwa k/tangan kerajaan sangat dgn umpan naik gaji sebab benda tu cuma mendatangkan manfaat pada golongan tertentu saja..

aku bukan apa, tak sampai hati bila tengok nasib orang kampung.. nak suap nasik ke mulut pun tak gamak!

2 ulasan:

merbok berkata...

kyu qaiyyim berkata...

Aku heran jugak kalau ada org kata ramai lg orang miskin.kat kampong akau semua ok,semua ada anak2 yg keja gomen paling tak keja buruh bandaran.Paling koman kat kampong akau budak keja naik pokok kelapa,sekarang ni dah boleh beli motor dan ada rumah sendiri.Orang kampong aku kereta tiap buah umah ada dan bendang dia kalau nak disewakan RM1000 serelong utk semusim.

Orang kampong ni nampak aja susah tapi sebenarnya lebih senang dari org makan gaji.Org makan gaji nama aja ada gaji besar tapi hutangnya lagi besar.Walhasil balik asal,berapa ribu pun tak cukup.Orang kampong dapat RM10 sehari pun dah cukup insyaalllah.Tak percaya cuba kita bagi mak bapak kita RM300 sebulan, suka dan kaya dia......