Selasa, 11 Mei 2010

NAIK LAGI MAHAL OOOO

Lagu empat juta kickdafela kian senyap. Entah apa sebab ianya senyap bukanlah rahsia. Kononnya atas arahan SPRM agar tidak menganggu siasatan. Memang begitu dasarnya berita angin... riuhnya hanya bila berlaga buluh.... maka berkatalah sang Kancil bahawa bunyi itu adalah seruling King Solomon.... Tertariklah sang harimau untuk mencuba yang akhirnya tersepit antara celahan buluh.

Empat juta dilaporkan oleh blogger upahan ini sebagai projek menjatuhkan Pak Lah selama tiga tahun. Bukan mudah menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang telah mencipta rekod besar Barisan Nasional dalam pilihanraya 2004. Kalau hanya empat juta sahaja peruntukannya untuk semua kerja jarum yang dijalankan, ia satu nilai yang bertujuan menghina Pak Lah.

Selang beberapa hari isu empat juta tenggelam...timbul pula isu 10 juta. Ia bukan untuk menjatuhkan Najib. Ia juga bukan untuk tujuan menaikkan nama najib tetapi bertujuan untuk melonjakkan nama BINI Najib. Khabarnya 10 juta itu hanya untuk tempahan iklan bagi memuji Rosmah... hebatnya Rosmah.

Apapun jika seorang yang waras, mereka akan terfikir... mana lebih mahal ...jatuhkan seorang Perdana Menteri dalam tempoh tiga tahun dengan modal empat juta atau membelanjakan RM 10 juta hanya untuk menjadikan dirinya model iklan sendiri bayar didada akhbar di US.

Tiada ulasan: