Isnin, 3 Mei 2010

HAKIKATNYA... OBAMA ARAHKAN SAYA JUMPA BELIAU...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu hari ini bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mahu bertemu dengan beliau, dan bukan sebaliknya seperti yang didakwa oleh pembangkang.

"Saya tidak tunduk kepada beliau sepertimana didakwa oleh parti pembangkang.

"Hakikatnya, Presiden Obama mahu berjumpa saya. Dalam pertemuan kami, beliau meminta saya menjelaskan mengenai Model Ekonomi Baru negara," katanya.

Menurut Najib beliau merupakan satu-satunya pemimpin dari Asia Tenggara yang diberikan peluang itu.

Najib menegaskan demikian ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat di SK Bandaran Sibu No 3 di Kampung Bandong, Sibu, lapor Bernama

1 ulasan:

madbi berkata...

bacala betul2... obama ARAHKAN saya jumpa beliau!!!! bukan obama JEMPUT sata... peh, malunya pm ku kena arahkan, dahla kat rumah kena arah oleh suami....!!!!!