Kalau masa budak budak dulu, seorang yang layak dilantik menjadi pengawas tak perlu mempertahankan dirinya . Orang lain akan mengakui kalau tidak mengistiharkan sokongan atas lantikan itu pun. Namun orang yang sememangnya tak layak terpaksa menjaja ke sana ke mari untuk menyatakan dia layak...
Saya tak jangka perkara serupa akan berlaku kepada orang dewasa, rupa rupanya bila dah tak betul semua jadi tak kena. Semakin bersuara semakin nampak tak kena gayanya...
kesian Ezam kotak ni....
Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan PKR tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".
Be
Sebaliknya menurut Ezam, dia telah membuat sumbangan besar bagi memerangi gejala rasuah di negara ini.
"Hanya saya yang terpaksa ke penjara kerana kesalahan rasuahnya kerana saya dituduh menurut Akta Rahsia Rasmi. Semua tuduhan ini bertujuan untuk memburuk-burukan diri saya,” katanya.
Ezam juga menafikan bahawa pelantikannya itu berkait dengan tindakannya meninggalkan PKR dan menyertai Umno semula.
Sebaliknya, bekas setiausaha politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata dia dilantik sebagai senator kerana peranan yang dimainkannya dalam pertubuhan NGO, gerakan menentang rasuah (GERAK).
"Saya amat berpuas hati dengan kedudukan saya sebelum ini. Jawatan ini bukannya sesuatu yang besar. Ia bukannya satu ganjaran,” katanya. Awat masa hang tinggalkan GERAK hang tak dilantik. Selepas hang berhempas pulas berkempen di merata alam baru hang dilantik jadi senator... ada pulak yang kata Ezam adalah dalang di sebalik semua katak yang melompat dari PKR ke umNO. Sebagai upah.... Ezam dilantik senator sebagaimana upah Palanivel yang rela melepaskan Hulu Selangor...betul ke Ezam katak... eh..silap...ezam kotakkkk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan