Judi sukan terus menghangatkan kehidupan masyarakat Malaysia khususnya orang Islam di Malaysia. Sehingga kini pelbagai pertubuhan dan NGO termasuk dari umNO sendiri telah mula membuat bantahan. Bapa Islam Hadhari, Pak Lah Badawi tidak ketinggalan menyentuh isu tersebut. Nampaknya Islam Hadhari pun tak setuju dengan judi bolasepak ini. Maknanya islam di dalam umNO sendiri dari mazhab Hadhari menolaknya. Kita sedang menanti kenyataan baru dari imam mazhab satu Malaysia dalam isu ini.
Mahyudin Yasin pula yang nampaknya bermazhab pragmatis hanya meminta rakyat menunggu keputusan dari pemerhatian kerajaan terhadap sensitiviti rakyat. Mazhab pragmatis Mahyudin ini nampaknya adalah mazhab paling konsisten dalam umNO. Mungkin kerana itulah imam satu Malaysia belum memberi kata putus. Seolahnya kini hanya Awang Adek yang kempunan menjadi Menteri Besar Kelantan bermatian mempertahankannya.
Rakyat terus menanti dengan Pakatan Rakyat khususnya pemuda dilihat menerajui kempen anti judi bolasepak ini. Nampaknya ianya mula memperlihatkan hasil apabila kerajaan Pakatan Rakyat khusunya Pulau Pinang dan kini membiak di Selangoor mengharankannya. Memang menghapuskan apa yang sudah berakar umbi bukannya mudah, namun menghalang penyakit yang belum terjadi adalah jalan terbaik. " mencegah adalah lebih baik dari mengubati". umNO jangan melalak kononnya kerajaan Pakatan Rakyat sendiri membiarkan judi. Itu adalah sejarah peninggalan umNO yang bukannya mudah untuk dirubah. Pendekatan awal dengan menghalang ianya membiak adalah langkah terpuji terutama dari seorang pemimpin cina , satu bangsa yang dilabel sebagai kaki judi mengharamkannya.
Golongan agama dalam umNO dilihat sangat lembab terutama menteri agamanya. Mufti yang cepat melompat dan berfatwa terutama dalam isu melibatkan Pakatan Rakyat hanya mampu merengek lemah dengan menyatakannya haram. Kalau setakat nak kata haram, budak sekolah pun tahu. Tapi itulah standart mufti yang hidupnya makan gaji...kalau tak makan gaji, mungkin boleh mati.
Berbalik tentang sikap pragmatis dalam umNO, kebangkitan rakyat mungkin mampu menghalang judi sukan ini dihentikan. Ianya mungkin sukar kerana kuasa judi di Malaysia sangat kuat terutama hubungan rapat dengan pemimpin negara, namun kuasa rakyat mampu menyekatnya. Isu judi bukan hanya isu umat Islam, malah bukan Islam turuty membantahnya. Kempen anti judi disertai oleh bukan Islam termasuk pemimpinnya. Di Perak, Dr Lee boon Chai bersama ADUN Teja dan Simpang Pulai di bawahnya turut hadir di kawasan Masjid membantah. Ia kini menjadi suara rakyat satu Malaysia.
Sikap membisu Najib mungkin satu dilema antara akur kepada lubuk duit umNO dari tauke judi dan bentahan rakyat. Sikap membisu Najib ini satu petanda pragmatisnya umNO . Jika suara dan kuasa rakyat lebih kuat maka mereka akan menurutnya. Tidak mustahil Najib akan membatalkan judi bola sepak atau sekurangnya merubah format agar tidak dibantah rakyat. Mungkin Najib akan diangkat sebagi hero Islam jika mengharamkan atau menarik balik lesen ini. Mungkin juga beliau diangkat sebagai seoraang yang sangat prihatin dengan rakyat kerana membatalkan lesen tersebut.
Percayalah... jika ini terjadi... ia sebagai bukti umNO memang parti Pragmatis yang akur dengan kepentingan politik. bukan kerana agama atau rakyat!.. cuma kini Najib dalam dilemma antara cinta kepada tauke judi atau bimbang undi lari....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan