Isnin, 31 Mei 2010
ZAHID MAHU GURU BENCI umNO DI PERAK?
Seorang guru dipindahkan kerana dituduh terlibat dengan politik. Dua orang dipanggil mengadap dengan tuduhan terlibat politik. Di Penang plak beberapa orang dipindahkan gara gara Zahid Hamidi. Sumber melaporkan, Zahid adalah tangan ganas di sebalik penukaran tersebut.
Sumber sahabat di Penang menyebut, isu bermula apabila seorang orang kuat umNO menggunakan pengaruh politik untuk memohon pertukaran sedangkan jelas surat pekeliling menyatakan bahawa kakitangan Kementerian Pelajaran dilarang menggunakan pengaruh luar untuk pertukaran atau kenaikan pangkat.
Di katakan pihak berkenaan di Jabatan Pelajaran telah meminta surat tunjuk sebab namun dengan kuasa umNO, pikak tersebut pula yang terpaksa menanggung akibatnya... itulah risiko terpaksa ditanggung bila berdepan dengan kuasa politik. Tukang kebun kekadang lebih berkuasa dari pengarah. Sejak itu pihak berkenaan terus ditekan dan terpaksa mengambil tindkan terhadap guru guru yang tak bersalah.
Zahid Hamidi adalah bapa angkat umNO Pulau Pinang. Di Perak Zahid sebenarnya tak laku. Zamry tahu Zahid adalah dalang atau pesaing beliau. Surat Zahid tak laku di Perak. Khabarnya Zamry akan tongsampahkan surat Zahid termasuk permohonan balaknya. Menteri yang di "sayang" Zamry ialah Nazri Aziz. Mungkin kerana jasa terhadap apa yang berlaku sepanjang krisis undang undang termasuk keputusan mahkamah barangkali.
Kini Zahid terpaksa memaksa guru guru sebagai kakitangan pusat untuk mengembangkan sayapnya. Larangan berpolitik untuk guru hanyalah jika menyokong Pakatan Rakyat. Inilah wajah politik jahat Zahid. Soalnya adakah Kementerian akan membiarkan gejala menggunakan guru untuk kepentingan politik. Pihak Jabatan Pelajaran dan Kementerian mesti memberi ulasan dan kenyataan terbuka terhadap apa yang berlaku di Bagan Datoh.
Ia satu perbuatan mencemar kemulian guru di saat guru menyambut hari gembira. Guru seakan dipaksa menghinakan diri dan profesionalisma mereka . Harus diingat..zaman penjajahan dan paksaan telah berakhir..... semakin dipaksa...semakin kebencian itu membuak buak.... Apakah sengaja Zahid mencipta kebencian guru terhadap umNO khusunya di Perak? dalam umNO...dmei kepentingan diri segalanya boleh terjadi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan