BN tak puas hati! Macam mana boleh kalah ni?? Peratus mengundi agak rendah!.. ada talian hayat untuk BN lagi??? Ada ke undi yang tersilap alamat? atau dilarikan bujang senang dalam sungai Rejang?? Semua itu akan menjadi alasan Pemimpin BN dalam akhbar hairan esok.
Apapun Penyokong Pakatan Rakyat belum boleh bergembira kerana undi sedang dikira semula. Paling diragui ialah bilangan undi pos nyang mungkin sebelum ini terkandas kerana tidak dapat diterbangkan jet kerana enjin yang hilang. Di laporkan juga ada yang belum timbul dari dasar sungai Rejang kerana kapal selam yang selama ini tak pernah menyelam tiba tiba boleh menyelam dan tak boleh timbul plak....
Jika kapal selam itu berjaya ditimbulkan, dan jet itu berjaya terbang tanpa enjin dari Monggolia, maka undi pos itu dipercayai akan memenangkan BN!! Tak percaya??? Malaysia boleh.. undi akan dibawa dari satu Malaysia untuk membantu BN!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan