Ahad, 16 Mei 2010

MAMPUKAH UNDI SEMULA MENANGKAN BN?

SPR semakin dilihat gagal mempertahankan integriti berikutan kelewatan mengumumkan keputusan PRK Sibu. Bukan rahsia lagi Calon DAP dilaporkan telah menang namun beberapa keraguan berlaku kerana melihatkan cara bertindak SPR.

Umum telah menerima, jika keputusan lewat diumumkan, tentunya ia berpihak kepada Pakatan Rakyat. Kemenangan BN boleh diketahui seawal jam 7.40minit. Saya masih ingat PRK Bagan Pinang, keputusan diterima semasa saya sedang berhenti solat Maghrib dalam perjalanan ke rumah sahabat di Melaka dari Bagan Pinang.

Imej ini sangat tidak baik buat SPR yang melaksanakan amanah harapan rakyat. Sampai bila SPR mampu mengembalikan kepercayaan rakyat. Tentunya kelewatan pengumuman rasmi keputusan Sibu sangat meragukan kerana pusat telah ditutup sejak lima petang. Lebih meragukan apabila soal jawab berlaitan undi pos menjadi persoalan...

1 ulasan:

azman kamarul berkata...

SPR adalah kuda tunggangan,kaldai tunggangan,baghal tunggangan,anjing buruan umno ...nak heran apa.