Khamis, 6 Mei 2010

PENGEDARAN DADAH WAJAR DI LESENKAN

Pengedaran dadah merupakan kebimbangan besar masyarakat malaysia. Ia berpunca dari kesukaran mengawal pengedaran dadah. Jika pengawalan dapat dibuat dalam pengedaran dadah maka pengedarannya akan dapat di kawal dan dipantau oleh pihak berkuasa. Mungkin itu cadangan yang paling praktikal setelah berbagai usaha gagal mengawal penagihan dadah.

Cadangan ini adalah perbandingan dengan cadangan kerajaan dalam usaha mengawal judi haram dalam bola sepak piala dunia. Awang Adek yang menjawab bagi pihak kementerian kewangan di parlimen membayangkan kemungkinan melesenkan judi bole sepak. Alasannya mudah, supaya kerajaan dapat mengawal perjudian haram dan menmabahkan pendapatan negara.

Isu ini timbul hanya beberapa minggu selepas serangan terhadap Zaid termasuk isu kuda yang dikaitkan dengan judi. Inilah masalahnya pemimpin BN . Menyelesaikan masalah dengan cara yang mudah. Apakah terbukti judi haram dapat dikurangkan ataupun satu galakan kepada orang yang takut berjudi selama ini kerana ianya diharamkan oleh undang undang??

Kenyataan Awang Adek itu lebih dilihat sebagai satu alasan mengaut keuntungan hasil judi bersempena piala dunia. Jika itu adalah matlamatnya ternyata kerajaan Barisan Nasional tidak langsung memikirkan sensitiviti umat Islam. Apakah kerajaan tidak memikirkan kesan negatif dari judi yang dihalalkan ini??

Umat Islam yang menyokong Barisan Nasional terutama kalangan agama perlu menilai semula alasan kerajaan menghalalkan judi ini.Apa yang perlu diingat, dosa itu turut ditanggung oleh semua penyokongnya. Mungkin keberanian kerajaan Barisan Nasional dalam tindakan judi ini hasil sokongan masyarakat melayu dalam pilihanraya khususnya di Hulu Selangor. Bagi BN, buatlah apapun... melayu akan terus menyokong BN.......

1 ulasan:

ibnuyassir berkata...

Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/05/judi-halal-judi-haram-perbuatan-syaitan.html