Khamis, 6 Mei 2010

POLITIK PAK KADUK MELAYU

Hari ini seketeriat Pakatan Rakyat akan membuat aduan rasmi kepada SPRM terhadap tindakan kerajaan haram Zamry yang dilapor mempertunukkan RN 50 ribu kepada setiap bahagian MCA Perak. Umum mengetahui bagaimana umNO BN begitu terdesak dalam meraih undi masyarakat Cina khususnya di Perak

Peratusan undi Cina di Hulu Selangor juga menunjukkan petanda kebimbangan malampau umNo terhadap sokongan masyarakat Cina>kerana kebijaksanaan politik itu masyarakat cina terus di jamu oleh umNO dengan apa sahaja dana yang mereka miliki. Di Hulu Selangor peruntuk besar diberikan oleh Kementerian Pelajaran kepada SRJK (C) kerana "dosa" tidak mengundi BN.

Malang bagi masyarakat India yang dulunya dilayan oleh umNO BN sejak peristiwa Hindraf telah mula dilupakan. Nasib masyarakat India tidak dipedulikan sangat kerana India sudah dilihat lunak dan memberikan sokongan kembali kepada BN. Kebencian Masyarakat India hanya terhadap Samy Vellu. Ternyata strategi mendiamkan Sammy terutama melalui akhbar arus perdana berjaya mengembalikan sokongan masyarakat India. Seperti kelaziman bagi BN, Pemimpin yang mampu mengawal pengikutnya akan mendapat ganjaran. Palanivel yang berjaya menjaga penyokongnya agar terus mengundi Kamalanathan di anugerahkan Senator yang dikatakan jalan dilantik ke Kabinet.

Lebih malang bagi masyarakat melayu dan umNO. Sokongan solid melayu umNO kepada BN terutama di Felda jelas faktor kemenangan umNO BN. Mereka langsung tidak mendapat apa apa laba hasil kesetiaan kepada umNO. Wang felda yang dibahagikan itu adalah hak tertangguh yang dikhianati umNO sehinggalah PRK Hulu Selangor. Inilah kebijaksanaan politik melayu yang diajar umNOkepada masyarakat terutama di kampung dan tanah rancangan. Budaya pak kaduk " menang sorak kampung tergadai " terus menerus di warisi umNO. Hulu Selangor menang tetapi umNO hilang kerusi majoriti melayu. BN atas nama MIC menang tetapi melayu tetap tak dapat apa.

Jika Cina dapat peruntukan sekolah , masyarakat Cina peringkat bawahan untung. MIC dapat senator dan mungkin diheret ke Kabinet, pemimpin MIC untung... melayu????.. dapat kerja menampal poster yang upahnya seribu dua... duit minyak motor buat bising merata kampung, samsengnya dapat makan dan baju free.... dan gegula yang dikutip di longkang yang ditabur pemimpin BN. Itupun kerana adanay Pilihanraya Sibu. Kalau takde pilihanraya Sibu...seperti biasa.... umNO akan tinggalkan penyokong dan pengundinya menjaga kerusi dengan baki gulai yang sudah tumpah kelantai...

Tiada ulasan: