Sehari dua ni riak politik negara seakan tak beralun melainkan dengan sedikit riak yang mungkin masih boleh menarik peminat pantai untuk melihat apakah alun itu mampu mengubah pantai. Sememangnya dalam politik Malaysia, apa sahaja yang beralun akan mengubah pantainya. Apatah lagi ada peminat pantai yang dah siap menggali ruang untuk menangkap alun ombak bile sampai di pantai.
Isu kemasukan 100 ulama yang tercicir 60 sedikit menarik namun ianya tak de beza dengan isu lain yang hanya hangat di awal namun bedai di pantai terlalu lemah dan tak bermaya. Isu judi yang mampu menggegarkan pantai yang mungkin menjadi tsunami politik sekali lagi buat umNO khususnya dikalangan melayu berjaya dipecahkan dengan pemecah ombak sebelum sampai di pantai.
Isu kecil lain seperti JI dan Wahabi hanya dapat membasahkan buku lali saje. Tak kemana. Isu pergolakan dalaman PKR nampaknya belum mampu sampai ke pantai walaupun alunnya cuba disatukan menjadi ombak besar...
Isu kepentingan rakyat nampaknya sedang dicanai. Dalam keghairahan mencanai isu, jangan sekali rakyat di kaburi dengan hiasan palsu untuk mencantikkan isu hingga rakyat hilang kepercayaan. Dari isu yang betul dan berfakta akhirnya ianya dianggap palsu lantaran keghairahan untuk memperlihatkan kejahatan. ....
Nampaknya masing masing sedang mengatur rentak... kita nantikan sehari dua jika ada alunan yang mampu disatukan menjadi ombak yang mampu merubah pantai....
1 ulasan:
molek bahasa :)
Catat Ulasan