Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan

Rabu, 15 September 2010
MATI PUCUK....
Tak semena mena Khir Toyo terpaksa mengaku dia dah mati pucuk. Katanya dia dah tak ngidam dengan jawatan Menteri Besar Selangor. Baginya Selangor dah terlalu teruk... mungkin dah macam janda beranak seratus dari 20 orang suami agaknya....
Yang herannya mengapa Khir Toyo sorang saje yang dah hilang selera dengan jawatan Menteri Besar selangor tu??? Kalau umNO seluruhnya dah hilang selera dengan jawatan dan negeri tu kan senang.... tak payah kerajaan Pakatan bersusah payah nak mempertahankan negeri dari kejahatan umNO. Mungkin betul lah Khir dah matipucuk agaknya...
Bak kata... kalau orang gigi tak mancung...tak perlu le dahi tersorong sorong... Khir Toyo tahu sangat betapa dia bersalah menyebabkan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Dia tahu sangat betapa Najib marah dengan kejatuhan negeri lubuk projek tu . Banyak projek yang tertangguh untuk dilaksanakan selepas PRU 12 terlepas begitu saje... Nak naikkan kadar bayaran air di Selangor pun terpaksa berhempas pulas... tu belum lagi projek lain...
Khir Toyo memang menjadi punca masalah dan kebencian orang Selangor terhadap BN. Berkajang kertas laporan rasuah Khir yang terpaksa diselamatkan oleh SPRM. Tiada siasatan ...tiada pendakwaan walaupun lutfi telah mendedahkan segalanya dengan maklumat terperinci... Khir selamat dari SPRM tetapi Khir tak selamat dari kuasa rakyat....
Setelah lama mencari helah dan dalih... akhirnya Khir dapat peluang untuk membersihkan dirinya dengan air najis yang dirawat Syabas barangkali.... Sayangnya walaupun warnanya dah jerneh tapi busuknya semerbak seluruh malaya...cuma Khir je tak perasan bau itu... mungkin ada aksesori yang menghalang hidungnya tercium bau itu..
Apa pun... Khir dah sedar bahawa nama Noh Omar dan Ezam telah melintasi nama beliau di sisi Najib. Sebelum orang campak dalam tong sampah...lebih baik mengaku diri tu sampah... nanti kalau orang campak boleh la bagi tau..."memang aku minta dia campak dalam tong pun..".
Tahniah buat Khalid dan barisan kepimpinan Selangor yang menjadikan Khir mati pucuk...

Isnin, 28 Jun 2010
ALUN YANG TAK MAMPU PERUBAH PANTAI
Sehari dua ni riak politik negara seakan tak beralun melainkan dengan sedikit riak yang mungkin masih boleh menarik peminat pantai untuk melihat apakah alun itu mampu mengubah pantai. Sememangnya dalam politik Malaysia, apa sahaja yang beralun akan mengubah pantainya. Apatah lagi ada peminat pantai yang dah siap menggali ruang untuk menangkap alun ombak bile sampai di pantai.
Isu kemasukan 100 ulama yang tercicir 60 sedikit menarik namun ianya tak de beza dengan isu lain yang hanya hangat di awal namun bedai di pantai terlalu lemah dan tak bermaya. Isu judi yang mampu menggegarkan pantai yang mungkin menjadi tsunami politik sekali lagi buat umNO khususnya dikalangan melayu berjaya dipecahkan dengan pemecah ombak sebelum sampai di pantai.
Isu kecil lain seperti JI dan Wahabi hanya dapat membasahkan buku lali saje. Tak kemana. Isu pergolakan dalaman PKR nampaknya belum mampu sampai ke pantai walaupun alunnya cuba disatukan menjadi ombak besar...
Isu kepentingan rakyat nampaknya sedang dicanai. Dalam keghairahan mencanai isu, jangan sekali rakyat di kaburi dengan hiasan palsu untuk mencantikkan isu hingga rakyat hilang kepercayaan. Dari isu yang betul dan berfakta akhirnya ianya dianggap palsu lantaran keghairahan untuk memperlihatkan kejahatan. ....
Nampaknya masing masing sedang mengatur rentak... kita nantikan sehari dua jika ada alunan yang mampu disatukan menjadi ombak yang mampu merubah pantai....

Jumaat, 9 April 2010
SEPANAS TAHI AYAM...
MIC bertegas bahawa calon tunggal mereka hanya Palanivel. umNO Hulu Selangor yang pada awalnya mahu kerusi itu ditandingi oleh mereka terpaksa berlembut setelah melihat dan mendengar arahan bos mereka. Mereka akhirnya rela MIC bertanding di situ dengan syarat bukan Palanivel.
Hari ini MIC bertegas hanya Palanivel calon tungga lmereka. baca. Kita nantikan sikap umNO yang nampak galak sangat di awal kekosongan kerusi tersebut. Dari bertegas mahukan kerusi itu menjadi lembut dengan syarat asalkan bukan Palanivel, kini mereka cuba dilembutkan.
Seluruh orang melayu di Malaysia wajar melihat bagaimana wajah dan watak sebenar umNO. Adakah mereka benar benar anak jantan atau hanya sepanas tahi ayam. jika umNO Hulu Selangor mengalah dengan desakan ini, jelaslah... umNO hanya sepanas tahi ayam....

Jumaat, 26 Mac 2010
KESIAN..... IJAZAHNYA DITARIK BALIK KE?
Dalam sistem pendidikan Malaysia, orang yang lepas SPM akan ambil Diploma kemudian baru ambil ijazah. Belum ada yang ambil ijazah dulu baru ambil diploma. Jika seseorang memberitahu dia ada ijazah 10 tahun lalu, tiba tiba tahun lalu memberitahu beliau ada diploma... hanya ada beberapa kemungkinan,
01. Ijazah beliau ditarik balik...lalu yang tinggal hanya diploma...
02. Dia terlupa nak bagi tau dia ada Ijazah... hanya teringat diploma aje... sebab diploma itu sangat berharga dan mempunyai nilai kenangan yang tinggi.
03. Ijazah dia hilang... takut tak dapat nak tunjuk bila diminta...lebih baik dia tak bagitau...
04. Mungkin juge ijazah itu dah ditarik balik atas sebab tertentu....
05. dia seorang yang tawadhuk dan tak mahu menonjolkan kehebatan diri dia....
06 DIA MEMANG SEORANG PENIPU...
Hari ini pelapor dah dipanggil beri keterangan. Dia mendakwa Musa menipu dalam mahkamah..bukan menipu di kedai kopi. Kalau dalam mahkamah pun menipu... kat surat khabar tentu lagi hebat.... agaknya le ...

SPRM..... ! SIASAT DAKWAAN DISOGOK.....
Masih ingat lagi TGNA disiasat SPRM gara gara dalam satu ceramah beliau menyebut pernah cuba disogok oleh tauke balak di awal menjadi MB. Cerita yang dah berlaku begitu lama sekadar diingatkan oleh Tuan Guru untuk iktibar. namun SPRM dilihat begitu pantas hingga berkunjung ke pejabat MB untuk mendapatkan keterangan.
Sekarang Zul katak plak sebut dia cuba disogok oleh orang ketiga agar mendakwa Najib dan Rosmah terlibat dengan kes bunuh Tantuya. Kes kalau berlaku pun baru sekitar setahun dua. Tentu segar di ingatan Zul. TGNA buat pendedahan sekadar mengenang cabaran kepimpinannya. Zul buat pendedahan dengan tujuan mendedahkan kejahatan kononnya yang memerlukan beliau mencium tangan Najib dan mungkin pipi Rosmah bagi memohon ampun dosa yang tak dibuatnya. Beliau menolak tawaran itu tetapi rasa berdosa pada Najib. Beliau khianat undi rakyat tak plak rasa dosa dengan rakyat...nampak sangat dah sewel sekor katak ni...
TGNA dedahkan dalam ceramah... Zul dedahkan dalam Parlimen. KPN nak panggil Zul... SPRM tak pulak tertarik nak siasat Zul yang dakwa ada orang nak sogok dia. Mungkin SPRM dah tak peduli soal sogokan kerana banyak sangan isu sogokan dalam simpanan mereka agaknya...
Kalutnya politik negara aku.... yang menjadi keresahan rakyat berkaitan jenayah tak dipedulikan, kesukaran hidup rakyat tak diendahkan... cerita pendedahan dan kekesalan pulak jadi isu dalam akhbar dan parlimen... apa kata Parlimen sediakan satu sidang khas untuk meluahkan rasa kecewa.... yang ni tak payah byar elaun...sebab tak untungkan rakyat.... sapa nalk datang datang ...tak nak datang tak payah sebab bukan isu rakyat...mereka adalah wakil rakyat..... kalau parlimen tak ramai...ajak TV dan akhbar kerajaan bersama budak kemas memenuhkannya....
Jangan lupa bekalkan tisu untuk lapkan air mata.... dah kesal tentulah nak menangis ,kan.kan kannn..

Isnin, 1 Februari 2010
7 FEBRUARI PENENTU HALATUJU POLITIK PERAK
Ketika semua tertumpu pada tarikh 9 februari, tarikh keputusan mahkamah dalam kes DS Nizar yang menuntut dikembalikan kuasa sebagai Menteri Besar Perak yang sah, ada pandangan lain yang menyebut keputusan mahkamah itu akan diketahui pada 7 Februari.
Kenapa pula keputusan akan diketahui pada 7 Februari? Ada risikan bertiup kencang di Perak bahawa Zamry akan memohon agar DUN dibubarkan pada 7 Februari. Kenapa Zamry mohon bubar DUN sebelum mahkamah mengumumkan keputusannya? Tentunya kerana Zamry mengetahui keputusan mahkamah berpihak kepada DS Nizar. Mengapa DUN perlu dibubar jika keputusan mahkamah berpihakkepada DS Nizar... tentunya kerana Zamry bimbang jika DS Nizar yang memeohon bubar DUN beerti kerajaan sementara milik Pakatan yang boleh memberi kelebihan..
Jika 7 Februari DUN tidak dibubarkan..beerti mahkamah berpihak kepada Zamry. Zamry tidak perlu bimbang kerana dia boleh meneruskan segala kerja haramnya dengan keizinan mahkamah. Biar apa pun pandangan rakyat Zamry tak perlu ambil peduli kerana beliau memang tahu beliau bukan pilihan rakyat.
Kesimpulannya... 7 Februari berkemungkinan besar menjadi penentu keputusan mahkamah... namun ini hanya sekadar salah satu teori dari bermacam teori yang bertiup di negeri ku Darul Kartun....

Ahad, 24 Januari 2010
KURAP DITUTUP DENGAN BAJU BARU...
Apa punya lawak la SPR ni... bila orang marah pasal cadangan nak memperluaskan undi pos...tiba tiba dia cadang undi awal.... konsepnya macam sama walau tak serupa...atau ...... macam serupa walau tak sama...atau.. ape ape je lahhhh.
Kenapa sebegitu bodoh SPR menilai rakyat Malaysia. Penilaian bodoh ini adakah kerana terlalu pandai, terlalu mengampu untuk memuaskan hati bos, terlalu bodoh atau mungkin mereka sentiasa menunjukkan kebodohan di sisi mereka sehingga timbul persepsi bahawa rakyat Malaysia semuanya sebodoh mereka.
Walaupun konsep undi awal itu belum diperjelaskan lagi kerana SPR ni baru ambil galah diluar pagar tetapi ada buah keranji dalam perahu.... maklumle budak baru belajar tapi suruh mengaji depa tak mau.... tetapi apa yang diterjemahkan di peringkat cadangan itu menggambarkan konsep yang sama dengan undi pos cuma bajunya dicolour dengan colour pelangi agar kelihatan anggun dan menarik.
Menurut beliau, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan konsep undi pos, sambil menambah kata apa yang telah dilaksanakan selama ini melalui undi pos sebenarnya adalah pengundian awal. (malaysiakini)
Nak ganti konsep ke ganti nama ???? Apakah setiap kali diganti struktur baru maka bajunya juga baru walaupun sekadar menutup kurap di badan yang sama? Saya amat yakin, walupun baju di ganti namun pastinya rasa gatal kurap itu tetap akan terasa dan mereka akan terus menggaru sepanjang masa ... tapi .. mungkin menggaru itu satu kesedapan bagi SPR ....
Apa yang diharapkan ialah agar rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan perangai kebudak budakan SPR. Budaya angguk dan tunduk bukan lagi budaya rakyat Malaysia. Hanya budaya ini terus kekal bagi pengampu dan balaci seperti mereka. Sayangnya mereka menyangka semua rakyat Malaysia seperti mereka..... mungin tiba masanya kita... biarkan luncai dengan labu labunya atau kita pecahkan saja labu si luncai itu....

Sabtu, 14 November 2009
SANTAi-Ikan keli gergasi ditangkap di Sepanyol
Ikan keli gergasi ditangkap di Sepanyol

SEAN bersama ikan keli gergasi yang berjaya ditangkapnya baru-baru ini.

LONDON - Seorang pemancing, Sean Kinnear berjaya menangkap seekor ikan keli antara yang paling berat di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berumur 27 tahun dari Hitchin bergelut selama 15 minit sebelum menangkap ikan keli seberat 107.95 kilogram (kg) di Sungai Ebro, Sepanyol baru-baru ini.
Menurutnya, ikan itu muncul di permukaan dan kami semua terperanjat kerana ia sungguh besar.
"Ia amat berat dan batang pancing bengkok. Saya berusaha untuk menariknya manakala empat orang terpaksa menariknya ke daratan," katanya.
Sean yang memancing sejak berumur 12 tahun mengikuti bapa dan sepupunya untuk memancing dekat dengan bandar Mequinenza di Sepanyol.
Ikan itu ditimbang untuk mengetahui beratnya sebelum dilepaskan semula ke dalam sungai.
Sebelum ini ikan keli paling besar pernah ditangkap ialah di Sungai Mekong, Thailand dengan beratnya ialah 293kg pada 2005.Sabtu, 19 September 2009
HIMPUNAN BAJU HITAM DI PERAK PAGI ESOK!
Esok pasti raya...demikianlah ramalan kalendar kuda. Kalendar kuda jarang tersilap dalam ramalannya. Selalunya kaki ekor kuda yang selalu tertipu. Seluruh negara malah seluruh ASEAN telah bersedia untuk raya esok. Demikian antara keputusan mesyuarat menteri agama suatu ketika dulu yang berhasrat menyelaraskan raya serentak. Dari segi syara' ada keizinannya kerana menggunakan hisab.
Berdasarkan perkembangan teknologi sains dan falak hari ini... Hisab menjadi mudah dan hampir tak salah...maknanya esok raya! Bergembira kerana kemenangan yang dikurnia Allah kepada kita, jua bersedih kerana tak pasti apakah Ramadhan kembali lagi. Seumpama sahabat yang kembali dari medan Badar...bergembira dengan kemenangan yang hampir- fathu alQarib- dan berduka kerana tidak dikurnia syahid yang merupakan kemenangan abadi.
Telah menjadi adat songsang yang berkembang dalam masyarakat hari ini...Ziarah ke kubur di pagi syawal dengan pakaian serba hitam..tak cukup dengan pakaian sampai ke tudung..ditambah pula cermin mata. Ia bukan dari agama malah Rasulullah pernah menegah kaum wanita menziarahi kubur lantaran keadaan dan sikap mereka di zaman jahiliah. Kebenaran diberi dengan syarat yang cukup ketat agar kehormatan agama terus dipelihara.
Apa yang jelas pakaian seumpama berkabung orang kristian bewarna hitam semakin mendapat sambutan masyarakat melayu...cuma saya tak pasti...apakah himpunan berbaju hitam di Perak akan berlangsung dengan aman dan tanpa kehadiran Polis...saya mencadangkan agar Musa Hasan mengerahkan semua anggota polis ke negeri Perak bagi menyuraikan himpunan wanita berbaju hitam di seluruh perkuburan muslim di Perak...apa tunggu lagi Musa???
SALAM IDULFITRI BUAT SEMUA SAHABAT YANG MEMBERI KEKUATAN UNTUK SAYA TERUS BERADA DI MEDAN BLOG INI DENGAN MENGUNJUNGI,MEMBERI KOMEN, MEMBERI BANTUAN TEKNIKAL, SOKONGAN DAN SEGALAMACAM DORONGAN..MAAF ZAHIR BATIN ..MOGA ALLAH MENERIMA SEMUA AMAL SOLEH KITA DAN MENGAMPUN SEGALA KETERLANJURAN DAN DOSA.

Sabtu, 30 Mei 2009
BODOHNYA PKR. BODOHNYA AMINAH
Sesekali tumpang bincang pilihanraya Penantai ada bagusnya juga.Walaupun Penanti tak sehebat Bukit Gantang, namun ia diriuhkan oleh si minah sorang ni.... Dalam kalut umNO menolak bertanding di Penanti.... Minah ni plak buat kecoh....
Kata Minah ni, dia ditawarkan oleh wakil PKR untuk melompat ke PKR jika menang. Dia juga kononnya ditawarkan menarik diri. itulah lebih kurang dakwaaan yang kononnya disertai dengan rakaman di rumah....
Saya malas nak komen panjang cuma;
1. BODOHNYA PKR yang hampir pasti menang di Penanti hinggakan umNO pun tak berani bertanding... nak rasuah calon bebas yang dah reject dalam politik.
2. BODOHNYA PKR yang nak menawarkan rasuah dan datang bertandang ke rumah minah...macamle takde tempat lain..
3. BODOHNYa PKR nak tawarkan jawatan Timb Ketua Menteri pada Minah kalau menang sedangkan memang hampir SAH minah tak menang. Kalau menang pun... lepas menang barulah tawar jawatan bukan sekarang....
4. BODOHNYA Minah kerana tak terima jawatan itu sedangkan dia bertanding pun sebab kecewa ditolak oleh PKR.
5. BODOHNYA Minah tak terima tawaran tarik diri dengan wang yang banyak sedangkan dia dah tahu akan kalah!
apapun...BODOHNYA siapa yang percaya dengan cerita MINAH sekor ni yang disebarkan oleh media buruk dan cabukkkkk. saya yakin PKR tak le se BODOH orang yang percaya cerita Minah ni

Rabu, 11 Mac 2009
AYUH KE BUKIT GANTANG!!!
Menanti itu menyiksakan namun mencari itu meletihkan. Tanpa keduanya tak mungkin berlaku sesuatu. Menanti penghujung kemelut di Perak tanpa ada usaha dan gerak kerja hanya akan menghasilkan kehampaan. Namun mencari tanpa titik mula dan arah tujuan juga mungkin sia sia.
Bukit Gantang mungkin pemancar isyaratnya. Bukit ini mungkin medan untuk mencari titik mula dan langkah arah seterusnya. Ia ibarat pemanas yang tak mungkin membiarkan rakyat lena dalam keletihan dan kesejukan lantaran payung membiarkan hujan menimpa rakyat yang kehilangan atap dan dinding rumah untuk berlindung dari kebasahan.
Takdir Allah menjadikan Bukit Gantang pemangkin sebuah perjuangan mengembalikan kuasa yang dirampas dan dirompak di tengah jalan . Persoalannya... seramai manakah rakyat Perak akan menjadikan Bukit Gantang sebagai pemangkin sebuah perjuangan yang kian suram???Kini tinggal nakhoda berlarian sekeliling kapal yang hampir karam. Kelasi sesekali kelihatan menuruti gerak tari nakhoda yang gagah setia. Namun penumpangnya seakan mula kecewa dan hampir putus asa.
Tidakkah Bukit Gantang ibarat cahaya yang datang. Ayuh berlari bersama nakhoda. Naikkan semula tiang layar yang hampir tumbang. Sambung semula pendayung, dan andai perlu tampallah layar berlubang dengan baju dan kain yang membaluti diri. Tidakkah ianya pengorbanan? bukan untuk nakhoda... tetapi untuk kapal dan penghuni seluruhnya.
Jangan menanti 29 Mac atau 7 April untuk memasang layar itu.Kala itu Ribut akan turun dari PWTC dengan semangat dan kejahatan yang menggila. Kini masanya kita membina benteng dan bekerja semampu yang ada. Kini bukan masanya menanti dan memerhati.
Ayuh kita bergerak ke Bukit Gantang.. Ianya Aspirasi kerajaan Yang Hilang. Ianya ianya isyarat kemenangan yang pasti datang!!!!

Selasa, 3 Mac 2009
99 POLIS CEDERA DI DEPAN SUK???
99 polis cedera.
Mengikut tanggapan dan imaginasi saya seramai 99 orang polis cedera dalam perhimpunan depan suk tadi. Semua mereka cedera terkena maki hamun penyokong yang berhimpun.
44 orang cedera telinga kerana makian yang menghiris cuping telinga, 55 cedera teruk di dada kerana sakit hati dengan maki hamun tersebut. Itulah tanggapa saya hasil amaran ketua polis Perak yang akan mencari siapa yang memaki polis dalam perhimpunan tadi. Setahu saya penyokong PR dapat mengawal keadaan dengan baik. Mereka patuh arahan yang meminta mereka berundur. Saya tak pasti telinga ketua polis barangkali mendengar dari dalam bumi atau atas langit. Kalau dari dalam bumi itu mungkin tandanya bersedialah bertemu mungkar nakir. Kalau dari langit ,itu mungkin kutukan Malaikat.
Saya tak pasti sejak bila polis jadi begitu syahdu hatinya sehingga sesak dada mendengar maki hamun. Mungkin telinga mereka telah menjadi nipis atau mereka kecewa kerana provokasi samseng kira kira 5 meter dari mereka gagal . Penyokong PR tetap tenang dan tidak melakukan huru hara. Apapun maki hamun bukanlah akhlak orang beriman. Kita tetap menolaknya. Tetapi kadang kadang orang hanya kenal ayam bila ia berkokok , kucing bila mengiaw, harimau bila ia mengaum dan hanya kenal anjing bila ia menyalak. Cuma saya tetap tak kenal babi bila ia bersuara kerana saya jarang mendengar suara babi, Yang pasti saya kenal babi bila melihatnya dan takkan tersilap antara babi dan tenuk!!!

Rabu, 11 Februari 2009
SEMANGAT BOB
Ketika berada di tanah perkuburan Changkat Larang mengiringi persemadian Allahyarham YB Roslan Shahrum saya bertemu Bob, pemuda yang kemalangan dalam perjalanan ke Kuala Trengganu dan koma beberapa hari.
Dalam pertemuan ringkas tersebut, Bob berjaji akan turun lagi dan takkan serik untuk berjuang di Bukit Gantang. Beliau belum pulih sepenuhnya namun semangtnya tinggi. Tahniah Bob. Semoga pemuda lain yang sihat walafiat terasa malu dan mampu cermin diri terutama kalangan agamawan....

Bob tetap ceria dan bersemangat.

Langgan:
Catatan (Atom)