Sesekali mengjengah ke dalam rumah umNO yang tebal dengan pelindung tu seronok juge. Rupenye rumah yang kebal tu berselerak di dalam. Ianya kebal dengan dinding media dan kuasa yang ade. Masuk dalam rumah BN dah nampak beselerak, jengah kepala dalam pintu rumah umNO tentu kita nampak kelam kabutnya... jangan tengok dari luar je...
Paling jela sbile kita tengok tiang seri umNo yang jadi wira dulu, Pemuda umNO.Pemuda yang menjadi sayap paling gah umNO nampak semakin rapuh. Dulu kumpulan inilah yang melahirkan pemuda tahan lasak yang menggasak kubu lawan. Bukan setakat jadi tukang gasak.. tukang pukul pun banyak lahir dari sayap itu.
Pemuda juge sering dilihat menjadi teras mencetus kebangkitan semula umNO yang kebanyakan pemimpinnya berada di puncak termasuk Najib yang pernah menjadi ketua pemuda dan sepupunya Hishamudin yang menumpang tuah Najib dan bapanya. Walaupun kepimpinan keduanya tidaklah menyerlah berbanding Singa umNO Hamid Albar dan era Anuar Ibrahim, Namun keduanya menjadi menteri. Hishamudin yang boleh dikatakan tak tau ape pun jadi menteri Pelajaran, antara menteri kanan mendaki puncak kuasa ketika menjadi ketua pemuda. Namun Khairy Jamaludin langsung tak dapat ape walaupun setelah rombakan.
Apakah Khairy tak rasa terhina dengan apa yang dibuat Najib. Apakah Khairy berperangai seperti Najib yang menjadi pengikut setia mendaki kuasa. Rasenye tidak!!! Apakah tindakan Khairy menyertai latihan ketenteraan sebagai satu sikap rajuk atau ade strategi tersendiri?? Sebagai ketua pemuda Khairuy ada pengikutnya sendiri walaupun pengikut itu adalah setia kosmetik kerana wang yang Khairy miliki.
Khairy adalah lulusan Oxford yang dikatakan bukan calang calang orang. Khairy juga adalah penasihat yang dituduh Mahathir pencatur dari tingkat empat dalam era Abdullah. Kini Khairy hilang segalanya melainkan ketua pemuda yang nampaknya tersendiri membawa diri. Ketika Najib gah dengan satu Malaysia nampaknya pemuda pimpinan Khairy seakan tak peduli dengan iman satu Malaysia Najib. Ketika Khairy dibelasah Ibrahim Ali , kepimpinan pemuda macam tak tahu apa terjadi kepada pemimpin utama pemuda itu. itu ukuran keretakan yang menanti kehancuran
Harus diingat, peristiwa pemecatan DSAI adalah sinambungan gelodak dalaman yang tak tertahan di cetuskan pemuda yang menjadi gelanggang Anuar. Zahid Hamidi yang memimpin pemuda ketika itu adalah orang bertanggungjawab ,mencetuskan gelombang penentangan melalui isu Kronisme. Walaupun Zahid tidak bertahan dengan gelombang bawaannya...hasilnya masih menganggu umNO hingga kini.
Khairy khabarnya tidak akan diam. Beliau dikhabarkan sedang buat roadshow di seluruh negara mungkin mengumpul kekuatan. Khabarnya di Ipoh pertemuan Khairy dibuat di Syuen Hotel... hebat.. apa isi pertemuan... biarkan ia menjadi pengetahuan terhad dan pemahaman tertentu dikalangan yang tahu... tujuannya tetap tersimpan dihati Khairy dan rahsia bersama rakannya mencatur gerakan.
Cita cita Khairy yang dikatakan mahu mencipta sejarah menjadi Perdana Menteri termuda belum padam...walaupun jalan itu sukar dengan percaturan Mahathir yang tentunya tak habis dendam dengan Pak Lah kerana jambatan kedua yang putus... Khairy masih ada platform ampuh sebagai ketua pemuda yang membolehkannya bergerak dan bertindak bebas. Wang??Khairy telah menghimpunnya semasa era pak Mertuanya...
Langkah Khairy kini sedang diatur membuka ruang ke Putrajaya... itupun kalau BN masih berkuasa..Khairy tentunya tak peduli semua itu... Yang pasti..Najib yang dibayangi Mahathir adalah penghalang nombor satu Khairy....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan