Ullama muda yang masuk dalam umNO dah mula bersuara . Beliau menyanggah penjelasan seorang Ulama muda yang turut berada di dalam majlis tersebut yang mendakwa diperdaya. Hosni Mubarak Abd Hamid dalam penjelasannya mendakwa beliau bersama beberapa orang lagi telah dieprdaya berada di majlis tersebut.
Fathul Bari yang menjadi pemimpin ulama muda yang masuk umNO tu kata Hosni tidak termasuk dalam senarai mereka. ""Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami," katanya mengulas laporan Harakahdaily hari ini yang memetik Hosni sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dijemput hadir untuk bertemu Najib dan bukannya hendak menyertai Umno.
Nampaknya kalangan ulama muda inidah mula bersuara. Namun sebagai seorang yang dikategorikan ulama muda beliau telah memperlihatkan kepincangan ketika berhujjan sebagai seorang ulama. Sepatutnya Fathul Bari merujuk apa yang dimaksudkan oleh Hosni. Hosni mendakwa beliau terpedaya dan tidak pula mendakwa bahawa beliau termasuk dalam senarai 40 geng ulama tu... Nampaknya Fathul Bari bertindak sebagai penganjur majlis tersebut. Biarlah SHahidan Kasim yang membuat kenyataan kerana dia yang dituduh. Kenapa pula budak Fathul ni yang sibuk nak bersihkan Shahidan.???
Aku tak jumpa pun Hosni kata Fathul memperdayakan beliau. Dia kata media mendakwa inilah 40 ulama muda
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.Macam mana fathul ni marah sangat??? Ni la yang dikatakan lebih sudu dari kuah... kalau dah masuk macam tu nampak sangat nak mengampu.... cuba perhatikan jawapan budak fathul ni...
"Kami tidak tahu siapa jemput," jelas anak bekas mufti Perlis itu. Kalau dah tak tahu jangan la kata kawan tu tipu.....tak di undang...Hosni tak kata hang undang...
Katanya, penafian pihaknya hari ini "bukanlah soal masuk Umno atau tidak" tetapi sebagai ulama, Hosni tidak harus membuat kenyataan sebegitu. Habis tu nak buat kenyataan macam nana??? macam hang buat tu ke sesuai sebagai ulama??? bodoh keng!!! kalau dah bukan soal masuk umNO atau tidak soal apa lagi...majlis tu majlis masuk umNO... ni la kalau orang cerdik mengampu orang jahat... nampak sangat bodohnya.... Jangan itu termasuk cara Allah menghina orang agama yang khianat! Cukup le cerita seorang Al Hapus yang tendang tong undi tengah orang ramai kerana marah....
"Kami juga mahu nama Shahidan dibersihkan (daripada tuduhan itu)," kata anak kepada Mat Jaya Hussin yang berkhidmat sebagai mufti dalam era kepimpinan Shahidan di Perlis. Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan."
Biarle Shahidan bersihkan sendiri.... Benda ni tak de kaitan dengan hang...tau le hang nak jilat Shahidan tu...... awat dia tak boleh cakap ke??? Lagi satu ade ke patut isu makan pulak jadi hujjah... takkan ulama tak tahu adab kut.... Depa nak jumpa Najib... kena tunggu le...cakap macam budak tadika....
Ditanya tentang dakwaan yang dilaporkan dalam akhbar sama bahawa seorang lagi ulama Wahab Abdullah yang mendakwa turut 'diperangkap', Fahtul bagaimanapun tidak tahu tentang status perkara itu. "Yang ini saya kena semak dahulu," kata Fathul, ulama lulusan pengajian hadis daripada Jordan dan Madinah.
Macam ni baru betul.... semak dulu... yang Hosni hang dah semak ke??? dah tanya Hosni sendiri??? hang ulama sama ulama pun tak boleh nak handle bende macam ni ke???? takkan tanya Shahidan je hang terus serang Hosni??? macam ni ke Ulama muda??? memang ulama tak cukup masak... macam duriann tak masak...orang Perak kata Mangkor!!!! kalau Ulama... Ulama Mangkor kut????
Mahap le tulisan aku agak kasar.. aku tak kisah kalau Shahidan yang buat macam tu... tapi hang atas status ulama.... ini menjatuhkan nilai ulama kalau bersikap begini.... Orang jadi tak hormat dengan cara ulama.... nak tunjuk setia pun... bagi le masa.... Takkan baru Najib dan Hisham bagi amaran kena ikut cara dan perjuangan umNO dah gabra.... melampau sangat cara ampunya tu... tunjuk le cara berpendidikan yang bertaraf ulama....
Aku cuma bimbang bila baca kisah Bal'am.... bimbang bile baca kisah ahli kitab Yahudi... bimbang tengok Nasib Firdaus... Mashitah....Jamil Khir, Nakhaie.... dan ramai lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan