Khamis, 10 Jun 2010

MENJEJAKI ANAK SENGAT...

Aku sedang menjelajah bumi Serambi Mekah. Penuh ketenangan walau dalam kekalutan kerana ramainya yang menumpang mencari ketenangan. Kebetulan muktamar Pemuda dan sayap lain telah bermula, kekalutannya makin ketara. Namun semuanya senyum ceria.

Kerehatan aku terganggu dengan satu sms berkaitan blog ini. Ada maklumat bagitau, blog ini sedang dipantau oleh balaci umNO. Aku tak pelik , memang itu niat dan harapanku. Lebih menarik khabarnya blog ini sangat diminati oleh seorang exco betina... ini menambahkan motivasi aku menulis. cuma aku sedikit terganggu bile di bagitau usaha menjejaki dato anak sengat ini masih dalam kesesatan. susah sangat ke nak cari aku??? tentu bodohnya orang yang cari aku tu.... takkanlah aku nak dedahkan identiti aku... nama aku??? gambar aku?? alamat aku??? tempat kerja aku.???? Walaupun aku hanya kerja swasta dan tumpang elaun kerajaan sikit.. tapi sayang gak sumber itu... tapi rezki Allah tu aku yakin maha luas...

Beberapa nama sedang diletakkan sebagai suspek pemilik blog aku ini. Khabarnya dah 4 orang.. semuanya guru.... antara nama yang disebut memang aku kenali, namun aku belum hubungi insan tersebut... mungkin balik dari Kelantan aku akan cari 4 orang yang disyaki pemilik blog aku ni. Ada yang dituduh kerana cara penulisan. Ada yang dituduh kerana gambar yang ada, ada yang dituduh kerana nama yang aku guna dan mungkin juga kerana duduknya mereka ini di kawasan exco betina tu....

Tahniah aku ucapkan buat keempat empat orang yang dikatakan pemilik blog ini kerana dengar khabarnya depa ni rilek je.... malah ada yang dibagi tau bercadang nak bukak blog kalau betul betul kena tindakan.... nak lawan umNO habis habisan... aku sangat alu- alukan... tak le aku sunyi lagi nak bertukar pandangan...

Takziah juga buat Hamidah and Company kerana masih gagal menjejaki insan kerdil ini. Aku cadang balik Kelantan ni nak serang Betina tu habis habisan, jadi senang dia cari siapa aku... dia tak perasan aku sangat dekat dengan dia...cumanya tak le sedekat malaikat maut dengannya...
Dia jumpa aku, aku senyum dengan dia tapi tangan aku tetap menari untuk menyerang dia...

Kepada sesiapa yang terinaya dengan kerja aku ni, minta maap le... anggapla itu kerja jihad atau kaffarah kerana nak suruh depa juga turut berjuang bersama aku... lepas ni dunia blog akan semakin meriah, apatah lagi kalau ada orang hebat yang bersama aku....

1 ulasan:

merbok berkata...

lawan jangan tak lawan! yang kerja 'gomen' pun ramai yang lawan 'gomen' cara diam-diam.

tekadkan dalam hati, jom kita tumbangkan kerajaan rasuah yang nak menongkat langit!