Alhamdulillah... setelah beberapa hari perjalanan muktamar PAS ..segalanya berlangsung penuh tertib. Memahami matlamat yang jauh dan menyedari keperluan dan tumpuan memperkasakan parti menghadapi suasana dan lanskap baru politik Malaysia.
Apa yang berlaku menggambarkan kematangan Perwakilan PAS menangani perkembangan semasa, memahami dasar dan pendekatan sebuah perjalanan jamaah Islam. Perwakilan PAS masih berjaya mengekalkan disiplin dan akhlak sebagai seorang dai yang menangani suasana dan pendekatan politik. Walau dilihat riak diluar terutama di media alternatif seakan ada kecenderungan menggugat suasana itu, rupanya ia hanya riak diluar yang tidak mendasari parti.
Ternyata persepsi diluar adalah berbeza dengan kerangka yang membina parti. Isu bergolak diluar yang cuba disusup ke dalam gagal mendasar dan bertapak di hati dan pemikiran perwakilan parti. Ia lambang kejayaan tarbiah walau masih gagal merebak keakar umbi, di peringkat Jawatankuasa yang mengemudi jamaah PAS di kawasan ternyata ia telah bertapak kukuh.
Isu penglibatan sayap bungsu PAS, Dewan Himpunan Penyokong PAS ternyata menarik perhatian. Sejauh mana mereka mampu berperanan dan ruang yang perlu diberikan adalah sangat penting Bukan mudah bagi PAS yang selama ini dibelenggu dengan suasana Islam tradisi untuk keluar dari kepompong yang membelenggu. Tempoh dan kepimpinan yang silih berganti ternyata mampu menangani suasana tersebut.
Biarpun gelora yang sering membadai bahtera PAS, namun sedikitpun tidak menggoyahkan kekuatan dasar yang menunjangi PAS selama ini. Sedikit sebanyak pengaruh yang terkeliru dengan perkembangan semasa telah terbawa bawa sehingga dilihat seakan ada usaha meliberalkan perjuangan PAS . Meliberalkan PAS adalah melemahkan dasar PAS. Melemahkan dan menggoyahkan dasar PAS perlu bermula dengan melemahkan pengaruh Ulama. Jesteru kepimpinan Ulama adalah teras yang wajib dipertahankan bagi memperkukuhkan parti.
Tahniah kepada semua perwakilan yang telah menjelmakan ruh islam sebagai dai dalam arus politik Perjuangan Islam PAS!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan