Isnin, 7 Jun 2010

TAHNIAH .....

Muktamad! tiada judi bolasepak di negeri Pakatan Rakyat. Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor telah membuat keputusan tidak membenarkan judi bola sepak di negeri tersebut. Peminat judi tentunya kecewa kerana terlepas peluang untuk menghanguskan duit yang disimpan selama empat tahun.

Malang bagi penyokong umNO yang gile judi di negeri tersebut. Malang juga bagi yang membenci judi di negeri dikuasai umNO. Dalam pilihanraya akan datang secara mudah kita akan dapat menilai negeri mana yang ramai peminat dan taik judi dan negeri mana yang ramai rakyat yang membenci judi. Mungkin hari ini kita belum boleh membuat keputusan kerana selama ini umNO memakai topeng berjanggut dan serban yang dililitkan oleh para mufti upahan.

Paling malang ialah rakyat Perak yang menolak pemimpin judi tetapi dipaksa mahkamah untuk menerima pemimpin yang merelakan judi. Sepatutnya paling terasa akan malangnya ialah mufti Perak yang khabarnya menentang judi. Kalau tok mufti menyokong atau sekurangnya tidak menyerang Pakatan Rakyat, sudah tentu judi bola sepak juga tidak menapak di Perak.

Semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak, Jom Heboh yang ditentang mufti juga tak boleh meloloskan diri, namun sebaik Zombi menguasai Perak, Jom Heboh buat kecoh kat Perak. Perbezaan ini boleh diukur oleh akal dan mata yang tidak buta. Hanya mereka yang buta sahaja tidak dapat melihat perbezaan ini.

Apapun tahniah buat pemastautin dan pemukim di negeri jajahan umNO kerana dapat menikmati limpahan judi dari tauke Vincent yang telah berjanji untuk "bersedekah" jutaan ringgit. ... Mungkin sebahagiannya patut dibuat masjid yang membolehkan usaha menentang Islam dan AJK nya adalah kalangan mereka yang taik judi, tak solat dan mendedahkan aurat....

1 ulasan:

Pak Long berkata...

Salam ziarah...