Judi belum muktamad lagi...itu antara jawapan di dewan Rakyat. Maknanya Najib masih pusing dan pening kepala. Antara kehendak rakyat yang menentang judi dan duit yang semangkin kering di poket gara gara keborosan sang isteri.
Awal awal lagi Vincent Tan dah menawarkan sedekah yang diharap boleh memancing kelembutan hati orang melayu. RM 525 juta bukan sikit wooo.... Kalau nak buat modal pancing undi Pilihanraya ke 13 memang berbaloi. Tetapi kalau Pakatan Rakyat berjaya membangkitkan kemarahan dan penentangan rakyat terhadap penyakit keturunan judi itu beerti hayat BN bakal berakhir.
Pilihan sebenarnya di tangan rakyat kini. Membenarkan judi bolasepak bermaharajalela atau menentang sekeras kerasnya. Para mufti dilihat sekadar ""berdeham selepas kencing"" sahaja menangani isu judi. Kalau setakat nak bagitau judi haram, budak tadika pun tahu..... tak payah le ... Apa yang diharapkan ialah tindakan yang serius dari tok Mufti ini... terutama memimpin rakyat menentang judi.....
Kemungkinan kerajaan menarik balik judi bolasepak masih ada walaupun tipis. Namun jikarakyat menggandakan usaha tanpa mengira perbezaan politik tentunya usaha itu akan berjaya... jangan ingat hanya risiko yang bakal menimpa penjudi tetapi juga risiko yang terpaksa ditanggung orang yang berada di sekeliling penjudi.
Jika seluruh rakyat terutama umat Islam dipimpin oleh "ugamawan" menentang judi, kerajaan akan menarik balik kebenaran tersebut... Rakyat telah bersedia...namun menanti "agamawan" terutama para mufti memimpin mungkin seperti mengharapkan Najib menjadi imam solat jumaat.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan