Khamis, 15 Julai 2010

BAHANG PIALA DUNIA DI TAMBUN

Tambun, 11 Julai 2010 ( Ahad ). Bertempat Padang Kampung Tengku Hussain, Manjoi satu kejohanan Bolasepak 9 sebelah Terbuka Kawasan Tambun, Piala Dr. Khairuddin Dato Abdul Malik telah diadakan. Menururt Ketua Pemuda PAS Tambun (DPPKT), Sdr. Zairul, kejohanan ini adalah kali ke 8 yang telah dianjurkan oleh jabatan Amal Tambun.

Pertandingan merebut piala Dr. Khairuddin bagi tahun ini begitu meriah sekali apabila mendapat penyertaan sebanyak 28 buah pasukan dari sekitar Parlimen Tambun dan kawasan berhampiran yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan budaya.telah menyertai pertandingan pada tahun ini. Format kejohanan pada kali ini diadakan secara kalah singkir.

kejohanan ini bermula sekitar jam 8.00 pagi dan berakhir 6.30 petang dimana kejohanan dijuarai oleh oleh pasukan Lintau A FC manakala naib johan pula ialah pasukan Hans FC dari Myanmar. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh saudara Zairul selaku Ketua DPPK Tambun.

Dr. Khairuddin memulakan sepakan penalti sebagai gimik pelancaran kejohanan.

Pengadil memberi taklimat ringkat kepada pasukan bola yang menyertai kojohanan.

Pertandingan bermula

Juara : Lintau A FC


Naib Juara : HANS FC

1 ulasan:

armouris berkata...

info tentang bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan di Padang Bola Sepak