Khamis, 15 Julai 2010

DPP PERAK KUNJUNG HORMAT PRESIDEN

14 Julai 2010 (KUALA LUMPUR) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak hari ini mengadakan kunjungan hormat bertemu dengan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS di Pejabatnya di Kuala Lumpur.
Pertemuan yang diketuai oleh Mohd Munir Ali Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak bersama lapan orang Exconya dapat bertemu dengan Datuk Seri Hadi dengan suasana mesra bagi membincangkan peranan Pemuda PAS terutama di Negeri Perak.
Harapan yang tinggi diletakkan Datuk Seri Hadi bagi memastikan Pakatan Rakyat Perak mendapat semula memerintah kerajaan negeri kelak. Pertemuan yang hampir tiga puluh minit itu juga membincangkan usaha agar Pemuda PAS menggerakkan daftar pemilih baru.
Pertemuan tersebut dibuat bersempena juga lawatan kerja Pemuda PAS Perak ke Parlimen Malaysia pada hari yang sama.

Tiada ulasan: