Sabtu, 17 Julai 2010

GULA NAIK: HAK RAKYAT DINAFIKAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan
pengumuman kerajaan dengan kenaikan gula sebanyak 25 sen
tanpa mencari punca utama kelemahan pengawalan dan terlalu
tunduk dengan pihak-pihak yang tertentu bagi memastikan juga gula
dinaikkan dengan harga pasaran sekarang RM1.90.
Bagi DPPN Pk yang pernah mengadakan perbincangan dengan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan
Kepenggunaan Negeri Perak pada 27 Mei yang lalu, telah diberikan
jaminan bahawa harga gula tidak akan dinaikkan. DPPN Pk amat
sedih dengan tindakan kerajaan menaikkan harga gula tanpa
memberikan penjelasan yang konkrit.
DPPN Pk juga amat sedih kerana bukan sahaja harga gula telah
dinaikkan tetapi kerajaan juga telah menaikkan juga 4 lagi kenaikan
serentak yang menjadi keperluan rakyat. Sudah tentu keperluan
harian rakyat juga akan terus meningkat dengan suasana ekonomi
yang belum pulih sekarang ini. Rakyat perlu menilai semula langkah
2
kerajaan tersebut yang jelas membebankan banyak perkara kepada
rakyat.
DPPN Pk mendesak kerajaan supaya menurunkan semula harga
gula jika benar mendahulukan rakyat di dalam perkara yang penting
buat rakyat. DPPN Pk juga mendesak agar kerajaan tidak tunduk
kepada pihak-pihak yang berkepentingan di dalam memastikan hak
rakyat terpelihara.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: