Ahad, 25 Julai 2010

KESIAN TIMAH...

Satu hari Pak Samad menyuruh isterinya timah memasak ketam. Pak Samad tinggalkan duit untuk urusan memasak ketam. Pak Samad pun pergi kerja di luar kawasan untuk beberapa hari. Tinggallah isteri Pak Samad dengan anak anaknya.

Suatu hari isteri Pak Samad pergi ke kedai Pak Ali. Kebetulan Pak Ali pernah menjadi rakan sekolah isteri Pak Samad. Ada juga yang cemburu kemesraan mereka semasa sekolah dulu dan menyebarkan cerita mereka pernah bercinta. Orang itu ialah Orang kaya kasim. Dia sangat cemburu bile Timah menjadi isteri Pak Samad. Dendamnya tak sudah. Sebagai orang kaya dia banyak pengikut....

Ketika Timah, isteri Pak Samad membeli ketam, Tauke kedai itu, Pak Ali kebetulan ada di kedai menghantar barang. Maka berbual lah Pak Ali dengan Timah. Sebenarnya Pak Ali juge ade hati dengan Timah tetapi kasih Timah hanya untuk Pak Samad. Pertemuan Pak Ali dan Timah di kedai itu menjadi buah mulut orang orang OK Kasim.

Suatu hari Pak Ali menceritakan dia pernah berjumpa seseorang bekas kekasihnya, Bile di tanye Pak ali tak mahu bagi tahu siapa kekasihnya. Akhirnya Pak Ali mengambil kesempatan menuduh orang yang dimksudkan ialah Timah. Timah didesak agar mengaku bahawa dia ada bertemu Pak Ali menghubung kasih.

Setelah didesak Timah mengaku bertemu Pak Ali semasa membeli Ketam. Timah tidak merasa bersalah kerana dia hanya membeli Ketam yang disuruh suaminya... OK Kasim tetap mendesak Pak Samad menceraikan Timah kerana menjalinkan hubungan sulit dengan Pak Ali. Pak Samad jadi serba salah. Dia tahu isterinya Timah setia dan hanya melaksanakan suruhannya memasak ketam.

Pak Ali terus mendesak kerana katanya sepatutnya Timah boleh membeli dari kedai lain. Pak Ali juga seronok kerana jeratnya telah mengena... Dia berharap agar Pak Samad menceraikan Timah supaya dandamnya berbalas. Begitu juga OK Kasim. Keadaan menjadi semakin kusut apabila orang suruhan OK Kasim menjaja cerita merata kampung...

Kesian Timah.... siapa yang bersalah??? Timah??? Pak Samad???Pak Ali atau OK Kasim??? jawab jawab..siapa pandai tapi mesti jujur..jangan ikut nafsuuuuu

Tiada ulasan: