Benarlah fitnah jika dibiarkan akan merosakkan . Membangunkannya pula sangat bahaya. berpunca dari Harusani. Beliau membuat tembakan rambang. Entah betul entahkan tidak. Tapi keghairahan pemimpin PAS dan sebahagiaannya mengiayakan sangat sia sia. Harusani mendedahkan ada pemimpin PAS menemuinya membincangkan perpaduan. Setelah didesak beliau mengakui pemimpin itu pemimpin kecil. sekecil mana tidak diberitahu Harusani. Siapa juga tidak diberitahu.
Tup..tup... keluar cerita dari Ketua Penerangan PAS Perak mendakwa tahu siapa pemimpin PAS itu dan tahu isi pertemuannya bukan isu perpaduan. Ia seakan menafikan dakwaan Harusani dalam masa yang sama membenarkan dakwaan rambang Harusani. Saya tidak pasti apakah ketua Penerangan PAS itu tahu pertemuan yang dimaksudkan oleh Harusani adalah orang yang didakwa diketahui oleh beliau atau orang lain. Dalam blog beliau , baca Ketua Penerangan PAS itu mendedahkan bahawa pertemuan orang itu atas tujuan perniagaan. Harusani pulak meminta Ketua Penerangan mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana menurutnya ramai yang menemui beliau. Maknanya dia bermaksud KP PAS Perak itu salah dalam meneka...
Tup..Tup..timbul seorang Blogger mendakwa Hasan Ali adalah individu itu. Jika merujuk dakwaan KP PAS Perak, Blogger itu salah.... Beliau mendakwa ada rakaman pertemuan. Dr Hasan Ali yang didesak termasuk oleh Khalid Samad yang sememangnya dilihat memusuhi beliau turut mendesak tindakan diambil, terpaksa mendedahkan keadaan sebenar. penting di baca.
Mahfuz omar lantas menyambut meminta agar Harusani memohon maaf. baca Ia seakan membenarkan bahawa orang yang dimaksudkan Harusani memang benar Hasan Ali. Sehingga kini saya belum mendengar kenyataan Harusani bahawa yang dimaksudkan ialah Hasan Ali.
Beliau terus mendiamkan diri. Jika Harusani mengiakan dakwaan blogger cabai itu bermakna Harusani menipu kerana beliau pernah mendakwa pemimpin itu pemimpin kecil. Jika benar pemimpin kecil dakwaan YB Drs. Khalil Idham lebih menghampiri kebenaran. Atau maksud pemimpin kecil Harusani adalah sekecil seorang pesuruhjaya negeri?
Persoalannya kini, kenapa pemimpin PAS cepat melatah melayan dan membenarkan Harusani? Sewajarnya kita menganggap dakwaan Harusani adalah bohong dan berniat jahat selagi beliau tidak mendedahkannya sendiri. Sewajarnya kita tidak melayan umpan umNO melalui Harusani itu. Harus diingat ia adalah satu strategi umNO memecahkan PR dan PAS sendiri. ia bermula lontaran Lokman Nor Adam. Apakah pemimpin PAS juga sudah mempercayaai Harusani hanya kerana beliau berkata " saya Mufti, takkanlah saya nak berbohong?"
Sekalipun kenyataan mahfuz meminta Harusani meminta maaf seakan membela Hasan, tetapi ia masih tidak dianggap bijak kerana Harusani belum mengiyakan kenyataan bahawa pemimpin yang dimaksudkan ialah Hasan Ali. SEWAJARNYA SEKALI LAGI DIPERINGATKAN PEMIMPIN PAS TIDAK MELAYAN DAKWAAN HARUSANI SELAGI BELIAU TIDAK MENDEDAHKAN MAKSUD INDIVIDU TERSEBUT!....
3 ulasan:
Salam perjuangan.
Seharusnya pemimpin PAS tidak perlu berjumpa dengan harussini walaupun bukan tujuan untuk perpaduang.
Masih ramai lagi orang yang berkebolehan untuk dijadikan rujukan, kalau tiada di begara ini pergilah ke negara lain asal jangan kepada orang yang pernah bersubahat MENJATUHKAN KERAJAAN PR DI PERAK ITU.
Mengapa masih ada pemimpin PAS yang masih tidak faham-faham lagi.
bodoh la korang ni.
benda mcm ni pon jadi isu besar...mcm dah takde benda lain nak tulih.
hasan ali dan harusani tu bukannya boleh buat apa2 keputusan utk PAS pon...takde kesan pon kalu diorang jumpa. nak bincang pasl perpaduan ke pasal apa pon, lantak diorang la...
Pertemuan itu sebelum majlis rasmi. bukan mengunjungi. Kepada Firaun pun Musa disuruh pergi..
Ingat nilai mufti masih tinggi di mata melayu terutama di kampung kampung
Catat Ulasan