Kenyataan Ketua Setiausaha Negara berkaitan kebenaran kepada pegawai Pendidikan Siswazah melibatkan diri secara aktif dalam politiK segera mendapat respon seorang sahabat guru. Katanya…tolong ulas syeikh…itu hanya politik mengelakkan serangan kita kepada guru siswazah umNO yang berpolitik…BACA
Memang betul…akhir akhir ini ramai guru yang dikatakan terlibat dengan PAS dan Pakatan Rakyat telah diambil tindakan. Maklumat yang sampai kepada saya di sekitar negeri Perak sahaja ada tiga orang yang didakwa penulis blog dan aktivis PAS dicampak keluar dari kawasan mereka. Menurut rujukan surat…mereka berada dalam bilangan melebihi 40 orang..belum kira di Pulau Pinang yang telah di ambil tindakan lebih awal. Ada juga yang mengadu mereka masih dalam siasatan sehingga ramai yang menarik diri untuk terus aktif untuk sementara waktu.
Ada yang dicampak keluar negeri, malah ada seorang guru siswazah dilaporkan di arah bertukar serta merta tanpa siasatan setelah tuduhan kononnya beliau menyebut hal politik dalam pengajaran. Beliau adalah guru tingkatan enam yang mengajar Pengajian Am…pelik…nak ajar pengajian am pun tak boleh sentuh politik?. Lebih malang tuduhan itu tidak disiasat…..
Berdasarkan maklumat ,memang ramai juga guru siswazah umNO yang aktif malah sangat aktif berpolitik. Jika guru bukan siswazah mereka beralasan mempunyai kebenaran, namun bagi guru siswazah mereka tiada alas an… Demi membolehkan mereka memiliki alas an, maka kenyataan KSN itu adalah jawapannya.
Jika benar alas an kebenaran itu bagi membolehkan guru berperanan sebagaimana sebelum ini, sewajarnya kebenaran khas itu dihapuskan. Saya pernah mencadangkan agar sahabat yang bertugas sebagai guru memohon kebenaran itu… katanya..nak cari mampossss! Lagi senang depa ambil tindakan…
Memang betul… kebenaran yang dipohon hanyalah sebagai alas an membolehkan penyokong tegar umNO berpolitik dan memudahkan mereka mengenalpasti dan mengawal penyokong Pakatan Rakyat. Ini satu bentuk permainan baru KSN sebagai membalas budi disambung kontrak sebagai KSN setelah pencen.
Jika benar mereka ingin membenarkan guru berpolitik, jangan disekat dengan kebenaran istimewa yang mesti diperolehi terlebih dahulu…. Mereka boleh sahaja mengambil tindakan jika melihat guru terbabit gagal melaksanakan tugas mereka dengan berkesan…sebelum ini pun tindakan boleh diambil kepada guru yang tidak melakukan tugas mereka dengan baik…. SEMUANYA ADALAH ALASAN YANG MENGUNTUNGKAN umNO….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan