Selasa, 27 Julai 2010

PENINGNYA MUHYIDIN....

Peningnya Muhyidin ni... sejuk sangat kat Seoul kut??? apa punya ulasan pusing pusing macam ni?? takkan baru gertak nak buat pilihanraya asing pun dah gabra sampai tak tau apa di ulas??? Baca le sendiri

SEOUL, 27 Julai —Hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan serentak di seluruh negara atau berasingan bagi negeri-negeri yang di bawah pentadbiran pakatan pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata terpulanglah kepada SPR untuk membuat keputusan mengenai perkara tersebut berdasarkan keadaan kewangannya.

“Sama ada SPR beranggapan untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan lebih baik atau tidak sesuai dengan keadaan kewangannya, terpulang kepada mereka.

“Bukan kita (kerajaan) yang tentukan perkara ini secara mutlak. Soal berkaitan pilihan raya terserah kepada SPR,” katanya pada sidang berita selepas bersarapan dengan wartawan Malaysia di sini, yang mengikuti lawatan rasmi beliau ke Korea Selatan bermula semalam hingga Khamis ini.

Beliau mengulas laporan baru-baru ini memetik kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, selaku Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa parti pembangkang itu tidak akan bertanding jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata, walaupun kerajaan boleh membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum, namun SPR, sebagai sebuah badan yang bebas, mempunyai kuasa untuk menetapkan hari pengundian.

Katanya, sekiranya negeri-negeri pakatan pembangkang berpendapat pilihan raya berasingan perlu dilakukan, jika ia diadakan dalam tempoh terdekat ini, itu adalah pandangan mereka.

“Jika negeri-negeri berkenaan enggan mengadakan pilihan raya secara serentak di seluruh negara berikutan masalah dalaman yang melanda parti-parti pembangkang, itu adalah masalah mereka.

“Bagi Barisan Nasional (BN), kita mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam menghadapi pilihan raya dan faham mengenai perjalanannya,” kata beliau. — Bernama

Tiada ulasan: