Jumaat, 16 Julai 2010

MELAYU...COOOLLLL JE...

Berita gembira yang diterima malam tadi ialah kenaikan harga minyak yang turut menyentap naik bersamanya beberapa barang keperluan. Ia berlaku di awal syaaban, di saat umat islam akan menyambut ramadhan. Ia satu hadiah ibadah yang sangat berguna untuk umat Islam terutama melayu. Jangan peduli apa berlaku asal melayu yang naikkan harga itu... Kalau cina naikkan atau India ia mesti ditentang... Kalau melayu... lulus lesen judi pun takpe......

Nak kata apa pun aku dah tak tahu tentang bangsa ku...bangsa yang dulu aku bangga.... Memang sebabnya hanya satu..sejak bangsaku mula meninggalkan agama... segalanya serba tak kena... Namun mustahil aku membuang nilai bangsa dalam diriku... cuma aku perlu perkemaskan nilai bangsa ku dengan agama... hanya itu yang masih tiada....

Kalau bangsa lain, harga naik dekat perayaan mereka kalut jadinye... tapi orang melayu yang dididik dengan sabar ni...cooooollll je... tahniah atas kejayaan BN mendidik bangsa melayu menjadi bangsa yang sebegitu mandom... Selama ini duit negara dihabiskan untuk membangkitkan semangat melayu bukan untuk maju...hanya untuk menjadi bangsa yang hanya tahu menyokong dan beriman hanya BN satu satunya pemerintah dunia akhirat Malaysia ni...

Inilah kesan politik yang berakar umbi selama lebih 50 tahun. Isu besar negara yang membabitkan kepentingan rakyat tak dipeduli. Penyelewengan dan rasuah sudah dianggap perkara mesti dan wajib.... biaseleeee.... istilah masyarakat melayu marhain...

Bukan mudah untuk diperbetulkan persepsi itu... Bukan singkat masa yang diperlukan melainkan satu anjakan besar besaran perlu berlaku... siapa yang akan melakukan perjuangan dan pengorbanan itu kalau bukan kau dan aku????

2 ulasan:

merbok berkata...

bro, melayu memang mandom. kalau ubn naikkan harga barang, depa kata ok! depa lagi takut kalau PR jadi kerajaan, kononnya nanti hidup melayu akan merempat!(sebab kononnya nak bela cina!!)

hehehe kalau hang tak percaya pi laa try round masuk kat kampung tanya depa!! kat kampung di kedah kawasan merbok, pantai merdeka, kuala muda memang ramai melayu totok mcm ni.. hahaha apa punya bingai laa.. dah laa mandom.. malas pulak nak mengkaji, membaca, menilai!

Prof. Era Pasca berkata...

kahkahkahkah