Himpunan di Changkat Lada Pasir Salak Perak semalam berakhir dengan beberapa program khususnya ceramah kemuncak yang sepatutnya dihadiri oleh Tg Presiden PAS dibatalkan. Program itu satu pendekatan baru PASmenyelami dan menembusi kubu umNO yang menebal dengan faham kebangsaan. Pengalaman ini mungkin rentetan apa yang dirasai PAS dalam PRK Hulu Selangor yang menyaksikan umNO hidup dengan bantuan pernafasan dari Felda dan peneroka luar bandar selain tipu muslihat .
Memang sewajarnya umNO marah dan bimbang apabila PAS mula menyerang denyut nadi dan jantung hatinya. umNO amat sedar dan insaf, sejak dulu Peneroka adalah anak emas yang akan digula gula menjelang pilihanraya. Kalau PAS usik peneroka umNO akan lakukan apa sahaja.
Masih ingat peristiwa berdarah Felda Lubuk Merbau Kedah yang mengorbankan seorang petugas PAS. Beliau dipukul oleh pemuda tahan lasak umNO yang ketika itu menjadi skuad elit bagi menghalang kebangkitan jihad di dalam PAS. Pendedahan peristiwa inilah yang mneyeret peguam PAS ketika itu Hj Suhaimi Said ke dalam ISA dan akhirnya ditarik keluar dari PAS setelah dibebaskan dari ISA.
Peristiwa ini labih awal dari Memali, sekitar 1982 seingat saya ketika saya masih di sekolah rendah. umnO sangat bimbang apabila PAS mula menyerang punca kekuatan mereka. Jika betul cara serangan dan pendekatan PAS, maka nadi dan jantung umNO akan berhenti berdenyut. umNO akan tumbang bila bila masa.
Kawasan bandar telah menolak umNO hasil celik huruf, IT dan kesedaran Islam yang jauh kehadapan. Apatah lagi kawasan itu terletak dalam Parlimen Pasir Salak yang juga pengerusi Felcra. Siapa tak kenal Tajudin yang dulu dikenali dengan six Milion dolar man dengan watak samseng nya.???
Pasir Salak terkenal dengan peristiwa kebangkitan Melayu membunuh Birch. Jika PAS berjaya memainkan peranaNnya sebaik mungkin, peristiwa pembunuhan Birch akan berulang di Pasir Salak. Bukan manusia yang dibunuh,...tetapi karier politik manusia samseng seperti Tajudin.
Polis terpaksa dikerahkan semaksimumnya demi menyelamatkan nadi jantung umNO dan samseng songkok tinggi ini. Tapi saya sangat yakin darah Dato Maharaja Lela dan siPuntum yang dikatakan menetak Birch masih deras mengalir...sekurang kurangnya di Sungai Perak yang mengalir dari Kuala Kangsar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan