Jumaat, 20 Ogos 2010

BONUS RAYA...PERAK TAK DE KE??

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) masih menunggu
pengumuman Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkaitan
pemberian bonus sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini
kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang masih belum dibuat
keputusan walaupun telah mengadakan Mesyuarat Exco Kerajaan
Negeri pada hari Rabu baru-baru ini.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat
(PR) telah pun membuat pengumuman bahawa semua kakitangan
kerajaan negeri itu akan mendapat bonus sebanyak RM400
bersempena sambutan Hari Raya pada tahun ini. DPPN Pk
merasakan bahawa Negeri Perak yang dikatakan mendapat
pelaburan yang tinggi, masih belum menyatakan berita baik tersebut.
Oleh yang demikian, DPPN Pk mendesak kerajaan negeri
memberikan bonus kepada semua kakitangan kerajaan negeri
sebanyak RM1,500 seorang. Di bawah kepimpinan PR dahulu,
semua kakitangan kerajaan negeri telah menerima bonus mereka
2
sebanyak RM1,200 seorang. Jika benar dakwaan kerajaan negeri
yang selama ini mengatakan bahawa ekonomi telah pulih dan
mereka telah mendapat pelaburan yang tinggi, Datuk Seri Zambry
perlu membuktikannya.
Jika tiada pengumuman dibuat, ini membuktikan ketidak mampuan
kerajaan negeri untuk memberikan bonus kepada kakitangan
kerajaan negeri. Jikalau bonus yang akan diberikan kepada semua
kakitangan kerajaan negeri di dalam jumlah yang kecil atau di bawah
RM400, ini menggambarkan akan kedudukan kewangan kerajaan
negeri yang meruncing. Walaubagaimanapun, DPPN Pk masih
berharap agar pemberian bonus ini dipertimbangkan kerana
peningkatan kos hidup akibat kenaikan harga barang tempohari
benar-benar memberi kesan kepada rakyat negeri ini.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: