Sabtu, 21 Ogos 2010

JOM LAPOR POLIS JUGE...

Sehari dua ni umNO jaja isu khutbah. Hanya isu tu yang laku di luar Pulau Pinang. Isu lain dah tak makan. Betul atau tidak isu itu berlaku , ia bukan isu dan tanggungjawab kerajaan Pulau Pinang. Ia tanggungjawab orang yang bercakap. Apatah lagi doa itu hanya untuk memohon hidayah...

Sebenarnya aku masih tak pasti di mana salahnya isu ini. Salahkah kalau nama itu disebut dengan tujuan memohon hidayah. Bukan keselamatan kerana seorang islam tak boleh doakan orang bukan Islam melainkan memohon agar dia masuk Islam atau diberi petunjuk oleh Allah.

Ikut kata Hisyam KDN, 3 laporan polis sedang di siasat. Apakah isasatan itu dilakukan untuk majlis agama atau isu lain. Jika di siasat, apakah khatib yang didakwa atau Guan Eng atau MAIPP atau kerajaan negeri. Nampaknya isu ini terlalu kabur asasnya selain untuk dipanjangkan bagi menaikkan sentimen orang melayu dan Islam.

Mungkin wajar jika kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan negeri sendiri atau MAIPP juga buat laporan polis. Biar polis tahu siapa yang patut di siasat.... kerana biasanya polis ada masanya tak berapa pandai siasat melainkan di arah siasat sekalipun tak tahu nak mula siasat di mana.

Walaupun kenyataan Hisyam ni macam baik..tetapi di hujungnya seakan ada ugutan terhadap apa yang mungkin terancang di kepalanya...baca

Tiada ulasan: