Ahad, 22 Ogos 2010

SEPERTI AMERIKA MENYERANG MEKAH...


Memang dah sah umNO tiada isu. umNO yang selama ini dilihat bergantung dengan isu perkauman terpaksa buat isu. umNO boleh buat apa sahaja isu kerana mereka kuasai media. Apa sahaja yang diletak di muka depan akhbar atau berita utama television akan jadi isu negara sekalipun ia berita sampah yang tiada nilainya.

Bayangkan berita angin menjadi isu utama negara. Berita peribadi yang tidak memberi kesan kepada masyarakat diangkat menjadi isu negara. Di manipulasi sehingga cerita semut gigit monyet dah jadi macam cerita Amerika serang Mekah. Ular kecil yang dijumpai di Sungai Siput ari tu dikatakan ular raksasa hingga terpaksa jabatan Hidupan liar menafikannya. Inilah standart berita media utama di Malaysia.

Memang antara protokol yahudi ialah memanipulasi media hingga boleh mencorak pemikiran rakyat. Tengok sahaja cerita Rambo yang dibuat Amerika. Amerika yang kalah dengan tentera Vietkong di Vietnam dilihat menang dengan hanya seorang komandonya yang dinamakan Rambo. Rambo pulak jadi susah kerana berhadapan dengan makhluk ghaib seperti hantu...akhirnya Rambo tetap jadi hero...

Dalam sejarah Tanah melayu,pejuang kemerdekaan di cop komunis. Sesiapa sahaja yang jadi barua British diangkat menjadi hero. Nama pejuang digelapkan sebaliknya pengampu British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan. Nama Leftenan Adnan diangkat menjadi wira sedangkan Maharajalela dianggap derhaka. Itulah kejayaan media.

Hari ini media umNo khususnya TV dijadikan senjata utama. Hanya TV dapat mencorak pemikiran rakyat kerana suratkhabar dah kurang diminati hasil budaya malas membaca rakyat Malaysia. Nasib baiklah pengarah filem di Malaysia bukan pemikir atau perancang seperti pengarah di negara Barat. Pengarah Filem di Malaysia lebih bertindak sebagai penterjemah apa berlaku di dalam masyarakat dari menjadi pencetus idea atau pencorak pemikiran rakyat.

Generasi muda yang berpendidikan adalah generasi baru yang telah berjaya melakukan sedikit perubahan dalam PRU 12 lalu. Sayangnya kebanyakan generasi baru ini sedang dilenakan dengan hiburan bentuk baru seperti rancangan realiti TV . Ramai yang menghabiskan masa berangan menjadi popular melalui realiti TV dari memikirkan isu dan tekanan hidup yang dirasai rakyat.

Isu jenayah yang dipaparkan media mungkin hanya 30% dari realiti jenayah yang berlaku dalam masyarakat yang dapat dikesan. Hakikatnya kita akan lihat kejutan sebenar apabila kita turun dan menyelami realiti remaja kita. Penyakit yang begitu parah ini tidak disedari dalam bentuk untuk mencari punca masalah sebagai penyelesaian. Sebaliknya ia dipersembahkan kepada masyarakat dalam bentuk bacaan santai atau berita hiburan semata mata.

umNO sangta memahami kehendak dan arus pemikiran rakyat. sensitiviti kaum dan agama sangat mudah dicetuskan. Sebab itu mereka menjadikan peristiwa 13 Mei sebagai peristiwa hitam yang dipaternkan dalam pemikiran rakyat sebagai sejarah yang paling menggerunkan.

Bagi generasi baru seperti saya yang tidak melalui sejarah hitam itu hanya mendengarnya diulang cerita dalam pelbagai versi dan kecenderungan penceritanya. Mungkin sejarah peristiwa itu perlu digali semula dan dipersembahkan secara hakikat yang terjadi dan bukan lagi persepsi ketakutan yang menguasai pencerita. Saya sangat mencurigai cara peristiwa hitam itu dipersembahkan.

Isu khutbah yang kononnya tidak menyebut nama YDP Agong di Pulau Pinang dan diganti dengan Nama Guan Eng menjadi isu utama negara. Berita meletakkannya sebagai berita utama sedangkan telah jelas ianya bukan satu arahan malah kalau ia terjadi pun adalah hasil keghairahan melampau peribadi. Apatah lagi ianya bertujuan memohon petunjuk agar hidayah Islam dianugerahkan kepada Guan Eng. Ia bukan satu larangan di dalam Islam malah ianya sesuatu yang baik.

Sesuatu yang baik akan dilihat asing apabila ianya bukan tradisi sekalipun ia sebahagian dari tuntutan agama. sebaliknya tradisi yang bukan dari agama dianggap sesuatu yang mulia. Amalan berdoa dengan menyebut nama pemimpin ini adalah warisan kerajaan Umaiyyah. Ia wujud bukan dengan kehendak khatib tetapi datang dalam bentuk arahan pemerintah. Tidak dipastikan apakah ia arahan khalifah atau arahan pengampu khalifah!

Kesimpulannya , jika ia benar berlaku dan dianggap salah maka siasatan perlu ditumpukan kepada khatib dan bukan kerajaan negeri. Jika ianya satu kesalahan, saya rasakan ia hanya satu kesalahan kerana tidak membaca teks yang disediakan oleh Majlis agama. itu sahaja. Penyelesaiannya ...wajar kerajaan Pulau Pinang melalui Majlis agama mengambil tindakan kepada khatib berkenaan jika benar wujud, dan jika ia dianggap satu kesalahan.

Walau apa pun, dalam masyarakat yang jahil terhadap agama... bukan betul atau salah jadi ukuran... sebaliknya ia dianggap salah apabila di luar kebiasaan... apatah lagi ianya telah diulas dengan cara yang salah oleh orang yang bodoh dan jahil serta berkepentingan dalam isu yang dibangkitkan... ianya hanya isu kecil semut gigit monyet yang dipersembahkan seperti Amerika menyerang Mekah...

3 ulasan:

orangkampung berkata...

Satu je nak tanya dalam Quran adakah suruh kita doakan orang kafir yang nyata musuh Allah...Larangan mendoakan ada, tapi suruh doa ni pelik lah..

Inilah akibat kalau dah jauh tersesat....kembalilah ke pangkal jalan...Aku takut negara kita ni kena tipa bala je...Doakan kesejahteraan orang Islam tak nak. Inikan kafir pula yang dapat doa...apa punya sial ni..Aku ahli Pas juga, tapi aku rasa bab ini buat aku fikir balik, betul ke apa yang kita buat ni...

Aku nak tanya Tuan Guru Haji Hadi, Aku nak tanya Ustaz Nasa, Aku nak Tanya Datuk Dr Haron Din..betul ke kita buat ni...atau kita dah melampaui batas...kan Allah dah berfirman hendaklah kita semua jangan melampaui batas...

Kemana hala tuju sebenar Parti Pas yang kita sayangi ini...ke mana saudara-saudara..Apa lebihnya seorang kafir dari seorang Islam???
Apa lebihnya LIM GUan Eng yang tak sunat daripada orang Islam yang bersunat...Apa lebihnya kulit kulit si kafir ni...Kan Allah dah kata janganlah kita mempercayai orang kafir, mereka tidak akan ikut kita, selagi kita tak mengikuti mereka...

wahai saudara-saudara Seislam..Demi bulan Ramadhan yang mulia ni, marilah sama-sama kita bersatu hati di atas nama Islam. Kita kibarkan jalur ke Islaman dan persaudaraan dan bukan kibarkan jalur persengketaan atas hawa nafsu...

wassalam.

ANAKSENGAT' ( Barua umNO kata nama aku Faizol) berkata...

Tak usah le hang kata ahli PAS ...BOHONG!!!. kalau ngaku ahli umNO pun aku tak marah... Cari le cara lain nak tarik perhatian..guna hujjah bukan menyamar..Nampak sangat BODOH agama hang ni...
Tak baca ke kisah Rasulullah doa agar Allah islamkan antara dua umar??? Umar Khattab atau Umar Hisyam??? bukan doakan sejahtera!!!
Kalau khatib tu doakan agar Guan Eng Islam apa salahnya???
Aku rasa adalah lebih baik doakan orang masuk Islam dari doakan ahli maksiat sihat sejahtera!!!

topengperak berkata...

jangan la kita sesama islam berkelahi kerana benda yang kecil... Islam itu luas..islam itu indah...
kita sebagai generasi muda harus mejadi pemangkin untuk kesatuan UMMAH...