Rabu, 11 Ogos 2010

KUASA RAKYAT... TAHNIAH!!!

Tahniah kepada PAS yang mendepani isu saman ekor. Ternyata kerajaan umNO terkesan dengan suara dan kebangkitan rakyat. Secara rasmi menteri pengangkutan mengumumkan penarikan balik senarai hitam "buat sementara hingga Februari tahun depan". baca.

Kemepn yang dijalankan oleh PAS sebagai sebuah badan politik ternyata menyelamatkan orang ramai yang masih terkesan dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan baru baru ini. Pelbagai kisah kesusahan rakyat di dengari kerana terpaksa mambayar saman yang belum diputuskan mahkamah sebagai bersalah. Inilah pentingnya sebuah parti politik yang kuat seperti PAS didokongi oleh rakyat.

Kalau ikut umNO mereka tak peduli malah tengoklah apa komen Najib dan pemimpin umNO lain. Bagi mereka rakyat bersalah kerana memandu laju tanpa mereka menilai tahap kelajuan yang disaman itu adalah taham kelajuan kereta ford escot tahun 70 an. Pendedahan kerajaan Kedah yang terpaksa menanggung saman hutang bekas kerajaan dulu hingga tertangguh mendaftar kereta baru untuk kegunaan exco adalah bukti sebenar tidak praktikalnya tindakan JPJ itu.

Apa yang rakyat perlu tahu ialah perlunya keseimbangan kuasa dalam sebuah negara yang ingin maju. Jika kuasa itu tiada pesaing, maka kerajaan memerintah akan berbuat sesuka hati kerana tiada yang menegur. Inilah erti demokrasi yang perlu difahami. Perlu satu kuasa pesaing pemerintah bagi mengimbangi kerakusan pemerintah menindas rakyat.

Tahniah sekali lagi kepada PAS yang mengambil berat kesusahan rakyat dan tahniah kepada rakyat yang memberi sokongan kepada PAS menjuarai isu hak rakyat yang dizalimi... percayalah... kekuatan kita akan lebih lagi jika kita mengingatkan kerajan yang ada dalam PRU 13. anda mampu mengubahnya...

Tiada ulasan: