Isnin, 16 Ogos 2010

NYANYUK APA???

PERLEMBAGAAN BARU: JANGAN REKA CERITA BAHAYA

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup bimbang dengan dakwaan Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Haji Harussani Zakaria berhubungan ‘Perlembagaan Baru’ yang dinyatakannya di dalam Forum Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu anjuran Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS) dan Gagasan Melayu Perak (GMP) baru-baru ini akan merosakkan keharmonian di dalam Negara kita dan akan membimbangkan rakyat pelbagai kaum yang hidup harmoni hampir lebih 50 tahun selepas Negara Merdeka.

DPPN Pk menasihatkan Tan Sri Harussani agar membuat laporan Polis jika benar perkara yang dinyatakan beliau benar-benar berlaku. Perkara ini penting kerana dakwaan-dakwaan yang selalu di timbulkan oleh Tan Sri Harussani tiada kesudahannya. Seperti isu ‘Raja Sherina’ yang pernah di bawa oleh Tan Sri Harussani satu ketika dahulu yang mencetuskan kemarahan Umat Islam akhirnya hilang begitu sahaja. DPPN Pk juga meminta agar pihak Polis segera menyiasat dakwaan yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Harussani tersebut.

Pihak Polis perlu membuat siasatan berkenaan kebenaran perkara tersebut dan siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap Tan Sri Harussani kerana beliau yang membangkitkan perkara tersebut dalam Forum Wacana kelmarin. Bagi DPPN Pk, Tan Sri Harussani perlu menjelaskan perkara sebenar akan maksud beliau tersebut kerana perkara tersebut amat membimbangkan rakyat seluruhnya.

DR RAJA AHMAD AL-HISS

Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: