Sambung jangan tak sambung. Desas desus jawatan Ketua polis Negara akan disambung atas alasan tugas belum selesai terus bertiup. Musa hasan memang belum menyelesaikan tugasnya. Selagi DSAI tak duduk dalam, selagi itulah kerja Musa belum selesai. Jika DSAI dah masuk dalam tugas musa juga perlu disambung kerana menangani protes jalanan yang dijangka akan berlaku.
Tiada yang mampu melaksanakan tugas ini dengan berkesan dan tanpa hati perut melainkan Musa. Cuma Musa ni masalahnya cepat merajuk. Dia pernah merajuk dan ancam tak akan arah polis kejar penjenayah lagi ketika polis dikritik membunuh remaja bawah umur baru baru ini.
Banyak kes pembunuhan yang melibatkan polis belum selesai lagi dan sewajarnya Musa tak letak jawatan. Selagi Najib belum dibersihkan dari dikaitkan dengan Tantuya maka Musa juga belum selesai tugasnya... Mungkin hanya Malaikat maut yang akan memencenkan tugas Musa... walaupun tugasnya belum selesai..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan