Rabu, 18 Ogos 2010

TAKUT...TAKUT...TAKU...

Isu perkauman semakin kuat dipukul oleh Muhyidin dan Chua seks Lek. Kenyataan berbaur perkauman semakin kerap dilemparkan. Siapakah penulis skripitu belum dipastikan lagi. Namun ianya semakin hangat dan Panas . Perisa untuk membakar api itu telah dituang oleh mufti Harusani.

Ahli politik Pakatan Rakyat semakin bimbang bara perkauman yang disiram minyak nya oleh BN melalui umNO dan Gerakan suatu ketika dulu diulang oleh MCA pula.Operasi Lalang adalah mimpi ngeri politik demokrasi Malaysia apabila begitu ramai ahli politik pembangkang disumbat ke dalam ISA gara gara api perkauman umNO dan Gerakan.
Jangan lupa, hero keris umNO pada ketika itu ialah Najib Razak yang kini menjadi PM!

umNO semakin terdesak dan kelemasan kini. Seluruh talian hayatnya semakin tidak bermaya. Talian hayat di Felda dan Felcra sedang giat diserang oleh Pakatan Rakyat khususnya PAS yang menumpukan umat melayu sebagai sasaran politik. umNO sangat tahu , jika ini terjadi hanya talian kuasa yang mampu mengekalkan mereka.

umNO sangat takut kehilangan kuasa. Mereka tahu segala dosa yang mereka lakukan kepada rakyat akan terbongkar jika kehilangan kuasa. Kejahatan itu tersimpan kemas kini ditangan kehakiman pendakwaraya. Masih ingat 16 VVIP yang ingin dibongkar dalam pilihanraya 2004?

Masih ingat bagaimana umNO membawa lari fail fail mereka dari bangunan Darul Iman Trengganu ketika terkejut dengan kekalahan 1999? Masih ingat exco kontroversi berkaitan tanah di Klang yang "mati mengejut" setelah Pakatan Rakyat menguasai Selangor 2008? Masih ingat bagaimana Tajol Rosli di Perak berkurung berhari hari tak mahu keluar dari kediaman Menteri Besar di Ipoh 2008? Itu sejarah hitam umNO.

umNO akan melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa. Sebagaimana Yahudi sanggup melakukan apa sahaja di Falastin demikian pastinya umNO yang dinasihati yahudi. Hanya dengan umNO syarikat Yahudi akan hidup di Malaysia. Tanpa umNO, Yahudi tiada nafas lagi di Malaysia. Tentunya Yahudi tak mahu ini terjadi.

Isu besar masih membelenggu negara khususnya batang tengkuk Perdana Menteri. Ia bukan hanya membabitkan persoalan harta negara malah dikaitkan juga dengan nyawa. Persoalan ini menuntut penjelasan dari sistem mahkamah yang mesti dibebaskan dari cengkaman hakim yang dituduh dengan bermacam tuduhan yang menghilangkan keyakinan rakyat.

Jika kita meyakini umNO takkan membiarkan mereka kehilangan kuasa , apakah kita telah siap sedia, bukan hanya dengan persediaan demokrasi pilihanraya, malah penggunaan kuasa polis yang kini dikuasai oleh ketua yang sedang cuba mengikat kemas dirinya dengan tahta di Bukit Aman.Beliau juga pastinya bimbang kerana tuduhan yang dibersihkan darinya tidak diyakini oleh rakyat! Segalanya tiada yang mustahil terjadi dalam demokrasi ala satu Malaysia

Tiada ulasan: